America's Next Top Model
From Wikipedia, the free encyclopedia
America's Next Top Model (sering digelar Top Model sebagai ringkasan atau ANTM) merupakan siri pertandingan realiti yang dihoskan oleh bekas peragawati Victoria's Secret Tyra Banks. Musim pertama (first "cycle") mula dipertontonkan kepada umum pada Mei 2003 dan merupakan antara program popular UPN. Pada tahun 2006, siri ini diserahkan kepada The CW dan terus mengungguli carta sebagai antara rancangan paling popular. Lagu tema yang menghiasi pembukaan setiap episod merupakan lagu yang dinyanyikan oleh Tyra Banks sendiri dan diterbitkan oleh Rodney "Darkchild" Jerkins. Tyra merupakan penerbit bersama selain Ken Mok dan Anthony Dominici.[1]
Fakta Segera America's Next Top Model, Format ...
America's Next Top Model | |
---|---|
Format | Televisyen realiti |
Pencipta | Tyra Banks |
Juri | Tyra Banks J. Alexander (5 - kini) Nigel Barker (2 - kini) Paulina Porizkova (10 - 12) Twiggy (5 - 9) Janice Dickinson (1 - 4) Kimora Lee Simmons (1) Nolé Marin (3 - 4) Eric Nicholson (2) Beau Quillian (1) |
Pencerita suara latar | Tyra Banks |
Penggubah lagu tema | David Thomas & Les Pierce |
Negara asal | Amerika Syarikat |
Bilangan musim | 17 |
Bilangan episod | 215 |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | 42 min (60 min termasuk iklan) |
Penyiaran | |
Saluran asal | UPN (2003–2006) The CW (2006–kini) |
Format gambar | 480i (SDTV) |
Siaran asal | 20 Mei 2003 – kini |
Pautan luar | |
Laman sesawang |
Tutup