Bantuan Rakyat 1Malaysia
From Wikipedia, the free encyclopedia
"BR1M" dilencongkan di sini.
Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M merupakan satu bantuan kewangan yang diwujudkan oleh kerajaan dalam pembentangan Belanjawan Malaysia 2012 dengan pengagihan dilaksanakan secara berperingkat bermula Januari sehingga Mac 2012 dalam bentuk baucer.
Pada 25 Ogos 2018, Perdana Menteri Mahathir bin Mohamad mengumumkan BR1M akan dikurangkan sedikit demi sedikit sebelum dihapuskan dalam masa terdekat.[1]