Bahasa Melayu Brunei
loghat Melayu Piawai dekat Brunei Darussalam / From Wikipedia, the free encyclopedia
Bahasa Melayu Brunei (Jawi: بهاس ملايو بروني) ataupun Bahasa Brunei ialah bahasa komunikasi utama penduduk di Brunei, Wilayah Persekutuan Labuan, Daerah Limbang, Miri dan Lawas di Sarawak dan Daerah Sipitang, Papar, Beaufort serta Kuala Penyu di Sabah. Bahasa ini mempunyai beberapa perbezaan berbanding Bahasa Melayu piawai. Penggunaan Bahasa Brunei berbeza-beza dari segi sebutan dan cara bertutur mengikut setiap daerah.
Bahasa Melayu Brunei بهاس ملايو بروني | |
---|---|
Asli kepada | Brunei, Malaysia Timur |
Kawasan | Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah, Sarawak (Malaysia), Brunei |
Etnik | Melayu Brunei, Kedayan |
Penutur bahasa | 500 000 |
Austronesia
| |
Kod bahasa | |
ISO 639-3 | kxd |
Kawasan di mana Bahasa Melayu Brunei dituturkan |
Sebagai contoh, Bahasa Melayu Brunei di daerah Bongawan, Sabah menyerupai penggunaan Bahasa Melayu di Tanah Semenanjung Malaysia dimana kebanyakan perkataan berakhir dengan huruf 'a' bertukar kepada huruf 'e' (Tekilala=kenal menjadi Tekilale=kenal).
Bahasa Melayu Brunei ada sedikit persamaan dengan Bahasa Kedayan sama seperti Bahasa Melayu Kelantan dan Terengganu di Semenanjung Tanah Melayu.
Bahasa Melayu Brunei mempunyai pertukaran bunyi vokal daripada Bahasa Melayu yang ditutur di Semenanjung Malaysia. Antaranya ialah bunyi /ə/ akan ditukar menjadi bunyi /a/. Sila lihat contoh perkataan di bawah:
- Besar=basar
- Keras=karas
- Beras=baras
Vokal 'o' ditukar menjadi 'u' seperti perkataan di bawah:
- Boleh=bulih
- Tolong=tulung
- Kotak=kutak
Apabila sesuatu perkataan diakhiri dengan huruf vokal, maka huruf vokal itu hendaklah disebut seperti di bawah:
- Kita hendaklah disebut kita'
- Lawa hendaklah disebut lawa'
- Buku hendaklah disebut buku'
- Kari hendaklah disebut kari'
Sebutan di atas ini mempunyai persamaan dengan Dialek Sarawak.
Bunyi /r/ pada perkataan (contohnya "pagar") adalah jelas (kecuali dialek Kedayan).