Cencurut
keluarga mamalia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Cencurut atau cencorot (keluarga Soricidae) ialah mamalia kecil bak mondok yang dikelaskan dalam order Eulipotyphla. Cencurut sebenar tidak seharusnya dikelirukan dengan cencurut pokok, cencurut memerang, cencurut gajah, cencurut Hindia Barat atau cencurut marsupial, yang tergolong dalam keluarga atau order berbeza.
Fakta Segera Pengelasan saintifik, Genus jenis ...
Cencurut[1] | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Mammalia |
Order: | Eulipotyphla |
Keluarga: | Soricidae G. Fischer, 1814 |
Genus jenis | |
Sorex | |
Subkeluarga | |
|
Tutup
Sungguhpun tampilan luarannya umumnya mirip dengan tikus yang berhidung panjang, cencurut bukanlah rodensia seperti tikus. Sebenarnya, cencurut lebih dekat hubungannya dengan landak susu dan tikus mondok; cencurut berhubungan dengan rodensia hanya kerana kededuanya termasuk dalam magnorder Boreoeutheria. Cencurut memiliki gigi tajam bak cerucuk, sedangkan rodensia memiliki gigi kacip depan menggerogot.