Dáil Éireann
From Wikipedia, the free encyclopedia
Dáil Éireann [d̪ˠɑːlʲ ˈɛərən, dal é-ĕ-rĕn] atau Dewan Rendah Ireland merupakan dewan rendah bagi badan perundangan negara Republik Ireland (yakni Oireachtas yang setaraf parlimen) dan dewan kedua selepas Seanad Éireann (yang bertindak sebagai suatu badan senat).[1] Ia dipilih secara langsung sekurang-kurangnya sekali pada setiap lima tahun di bawah sistem perwakilan berkadar dengan cara sistem satu undi boleh pindah (STV). Bidang kuasa dewan ini adalah sama dengan negara yang mengamalkan sistem berparlimen dwidewan yang lain. Tertakluk kepada had yang dikenakan oleh Perlembagaan Ireland, dewan ini mempunyai kuasa untuk meluluskan mana-mana undang-undang yang dikehendaki serta mencalonkan dan membuang Taoiseach (ketua kerajaan).
Rencana ini perlu dikemas kini. (Februari 2020) |
Dáil Éireann Dewan Rendah Ireland ديوان رندە أيرلندا | |
---|---|
Dáil Éireann | |
Dail ke-33 | |
Jenis | |
Jenis | |
Sejarah | |
Diasaskan | 1937 |
Didahului oleh |
|
Sesi baru bermula | 2020 |
Kepimpinan | |
Ketua Majlis (Ceann Comhairle) | Seán O Fearghail, Fianna Fáil |
Struktur | |
Ahli | 160 |
Kumpulan politik di Dewan Rendah Ireland |
|
Pilihan raya | |
Pilihan raya terakhir Dewan Rendah Ireland | 8 Februari 2020 |
Pilihan raya seterusnya bagi Dewan Rendah Ireland | Seterusnya |
Tempat persidangan | |
Kamar Dáil Dewan Leinster, Dublin | |
Laman sesawang | |
www | |
sunting |
Sejak tahun 1922, badan ini telah bersidang di Dewan Leinster, kota Dublin.