Dewan Bahasa dan Pustaka
jabatan kerajaan Malaysia yang mengawal selia bahasa Melayu / From Wikipedia, the free encyclopedia
Dewan Bahasa dan Pustaka (singkatan: DBP, Jawi: ديوان بهاس دان ڤوستاکcode: ms is deprecated ) atau nama asalnya Balai Pustaka ialah sebuah jabatan kerajaan Malaysia yang ditubuhkan pada 22 Jun 1956 untuk menggerak dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara tersebut selaku bahasa rasmi dan bahasa ilmu.
Rencana ini perlu dikemas kini. (April 2023) |
Fakta Segera Nama asli, Jenis/bentuk sah ...
Nama asli | Dewan Bahasa Dan Pustaka |
---|---|
Jenis/bentuk sah | Badan berkanun |
Ditubuhkan | 22 Jun 1956; 67 tahun yang lalu (1956-06-22) |
Ibu pejabat | Kuala Lumpur (ibu pejabat dan Menara DBP), Malaysia |
Tokoh penting | Awang Sariyan, (Pengerusi Pengelola) |
Perkhidmatan | Memartabatkan penguasaan dan penggunaan bahasa Melayu |
Tapak web | www.dbp.gov.my |
sunting · sunting di Wikidata |
Tutup
Pada 22 Jun 2006, Dewan Bahasa dan Pustaka menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-50. Sempena ulang tahun tersebut Pos Malaysia melancarkan setem kenang-kenangan ulang tahun ke-50 Dewan Bahasa dan Pustaka dengan menampilkan setem bernilai 50 sen (dua rekaan) dan seringgit (RM100).