Empayar Portugal
From Wikipedia, the free encyclopedia
Empayar Portugal (Portugis: Império Portuguêscode: pt is deprecated ), juga dikenali sebagai Empayar luar negara Portugal (Ultramar Português) atau Empayar Jajahan Portugal (Império Colonial Português), adalah sebuah empayar global pertama dalam sejarah.[1][2][3] Selain itu, ia juga adalah sebuah empayar penjajahan Eropah yang paling lama bertahan iaitu kira-kira hampir enam kurun, bermula dengan penaklukan Ceuta pada tahun 1415 sehingga hari penyerahan kembali Macau pada tahun 1999 atau penyerahan kedaulatan kepada Timor Timur pada tahun 2002. Empayar ini merangkumi wilayah jajahan yang luas yang mana kini adalah sebahagian dari 53 buah negara-negara berdaulat.
Empayar Portugal Império Portuguêscode: pt is deprecated | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Lagu kebangsaan: O Hino da Carta (1834–1910)
(1910–2002) | |||||
Ibu negara | Lisbon | ||||
Bandar terbesar | Ibu negara | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Portugis | ||||
Kerajaan | Kerajaan (1415–1910)
Republik (1910–2002) | ||||
Formasi Penaklukan Ceuta dan pembentukan koloni pertama pada tahun 1415 | |||||
1498 | |||||
• Penemuan Brazil | 1500 | ||||
1807 | |||||
• Kenaikan Brazil sebagai kerajaan beraja | 1815 | ||||
• Kemerdekaan Brazil | 1822 | ||||
• Republik | 1910 | ||||
• Kehilangan jajahan di India | 1961 | ||||
• Kemerdekaan jajahan di Afrika | 1974/1975 | ||||
• Jajahan terakhir | 2002 | ||||
Sejarah Portugal | |
---|---|
Rencana ini sebahagian dari suatu siri | |
Pra-sejarah | |
Pra-sejarah Iberia | |
Roman rule | |
Lusitania dan Gallaecia | |
Kerajaan Jermanik | |
Kerajaan beraja Suebic di Galicia (410-584) | |
Kerajaan beraja Visigoth (418–718) | |
711–1139 | |
Al-Garb Al-Andalus (711–1249) | |
Negara Portugal (868–1071, 1096-1139) | |
Kerajaan beraja Portugal | |
Kemerdekaan dan pengembangan (1139–1279) | |
1279–1415 | |
Penemuan (1415–1578) | |
Kesatuan Iberia (1580–1640) | |
1640–1777 | |
Serangan Napoleon, Revolusi Liberal dan Perang Saudara (1777–1834) | |
Raja Berperlembagaan (1834–1910) | |
Republik Portugal | |
Republik Pertama (1910–1926) | |
Ditadura Nacional (1926–1933) | |
Estado Novo (1933–1974) | |
Republik Ketiga (1974–kini) | |
Topik | |
Sejarah penjajahan | |
Sejarah ekonomi | |
Sejarah Azores | |
Sejarah Madeira | |
Sejarah bahasa | |
Sejarah ketenteraan | |
Sejarah muzik | |
Garis masa | |
{Templat:Data99 | |
Portugal |
Para pelayar Portugal mula menjelajah pantai di Afrika pada tahun 1419, menggunakan pembangunan terkini dalam navigasi, kartografi dan teknologi maritim seperti caravel, dalam penjelajahan mencari laluan laut ke sumber perdagangan rempah yang mewah. Pada tahun 1488, Bartolomeu Dias mengelilingi Tanjung Harapan, dan pada tahun 1498, Vasco da Gama telah tiba di India. Pada tahun 1500, sama ada melalui pendaratan tidak sengaja atau rancangan rahsia raja, Pedro Álvares Cabral telah menemui Brazil di pantai Amerika Selatan. Pada dekad-dekad seterusnya, para pelayar Portugal terus menjelajah pantai dan kepulauan di Asia Timur, mengasaskan kubu kota dan kilang-kilang di mana sahaja mereka pergi. Menjelang tahun 1571, satu juraian pos perdagangan menghubungkan Lisbon sehingga Nagasaki di sepanjang pantai Afrika, Timur Tengah, India, dan Asia telah dibina. Jaringan komersial ini membawa kekayaan besar kepada Portugal.