Formula Satu musim 2007 adalah kejohanan kereta lumba Formula Satu, dan merupakan musim Formula Satu yang ke-58. Ia bermula pada 18 Mac dan berakhir pada 21 Oktober selepas 17 perlumbaan. Kejohanan Pemandu tahun ini dimenangi oleh pemandu Ferrari, Kimi Räikkönen. Beliau memenangi kejuaraan ini di Grand Prix Brazil dengan hanya satu mata lebih daripada pesaing utamanya, Lewis Hamilton. Räikkönen menjadi pemandu ketiga dari negara Finland untuk memenangi kejuaraan ini.