Heckler & Koch MP5
From Wikipedia, the free encyclopedia
Heckler & Koch Machinenpistole 5 (Bahasa Inggeris: Heckler & Koch Machine Pistol 5) atau lebih dikenali sebagai HK MP5 merupakan selaras senjata submesingan yang paling popular digunakan oleh pasukan-pasukan bersenjata seperti polis, tentera dan pihak berkuasa awam diseluruh dunia termasuk Malaysia. Selain itu, ia amat digemari oleh pasukan elit terutamanya semasa pertempuran dalam bangunan. Direkacipta oleh syarikat persenjataan Heckler & Koch yang berpusat di Oberndorf, Jerman Barat pada tahun 1966, MP5 diubahsuai daripada senjata raifal tempur Heckler & Koch G3 dan menggunakan laras berkaliber 9 mm. Menggunakan sistem bolt tertutup (close bolt) yang memberikan tembakan anjalan yang minima tanpa sebarang halangan dan mengurangkan kepanasan daripada senjata tersebut berbanding sistem open bolt yang digunakan oleh senjata SMG MAC-10 buatan Amerika Syarikat. Senjata MP5 ini turut mempunyai rekod perkhidmatan yang amat baik terutamanya memberikan tembakan yang amat tepat dan mempunyai pelbagai versi khusus terutamanya dari versi MP5-K dan MP5SD serta versi yang lain, sesuai dalam penugasan dan operasi yang memerlukan ketepatan yang maksima.
HK MP5 | |
---|---|
Jenis | Submesingan |
Tempat asal | Jerman |
Sejarah perkhidmatan | |
Dalam perkhidmatan | 1966 - kini |
Digunakan oleh | Sila lihat pengguna |
Sejarah pengeluaran | |
Pereka | Tilo Möller, Manfred Guhring, Georg Seidl, Helmut Baureuter |
Direka | 1964 |
Pengeluar | Heckler & Koch |
Dihasilkan | 1966 |
Aneka | Sila lihat model MP5 |
Spesifikasi | |
Berat | 2.54 kg (5.6 lb) (MP5A2, MP5A4) 3.08 kg (6.79 lb) (MP5A3, MP5A5) |
Panjang | Udi tetap: 680 mm (26.8 in) (MP5A2, MP5A4, MP5/10, MP5/40) |
Lebar | 50 mm (2 in) (MP5A2, MP5A4, MP5A3, MP5A5, MP5K, MP5KA1, MP5KA4, MP5KA5, MP5K-PDW, MP5/10, MP5/40) 60 mm (2.4 in) (MP5SD1, MP5SD4, MP5SD2, MP5SD5, MP5SD3, MP5SD6) |
Tinggi | 260 mm (10.2 in) (MP5A2, MP5A4, MP5A3, MP5A5, MP5SD1, MP5SD4, MP5SD2, MP5SD5, MP5SD3, MP5SD6, MP5/10, MP5/40) 210 mm (8.3 in) (MP5K, MP5KA1, MP5KA4, MP5KA5, MP5K-PDW) |
Krew | Polis, Tentera, Penguatkuasa Awam dan Pasukan Elit |
Kartrij | 9 x 19 mm 10 mm Auto (MP5/10) |
Kaliber | 9 mm Luger Parabellum 10 mm Auto (MP5/10) |
Aksi | Bolt Tertutup (Closed Bolt), |
Kadar tembakan | 800 butir/min (MP5A2, MP5A4, MP5A3, MP5A5, MP5SD1, MP5SD4, MP5SD2, MP5SD5, MP5SD3, MP5SD6) 900 butir/min (MP5K, MP5KA1, MP5KA4, MP5KA5, MP5K-PDW) |
Halaju muncung | 400 m/s (1,312 ft/s) (MP5A2, MP5A4, MP5A3, MP5A5) 375 m/s (1,230 ft/s) (MP5K, MP5KA1, MP5KA4, MP5KA5, MP5K-PDW) |
Jarak tembakan efektif | 200 m (219 yd) |
Sistem suapan | Kelopak peluru 15 / 25 / 30 /60 |
Penglihatan | Pejera Belakang: Diopter Berputar; Hadapan:Pejera Tritium Hood |