Kan-Cheong Kitchen
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kan-Cheong Kitchen ialah tajuk bagi sebuah rancangan permainan hiburan bertemakan masakan yang diterbit dan disiarkan oleh 8TV di Malaysia, di mana para peserta diuji kebolehan menyediakan makanan meskipun langsung ketandusan kemahiran memasak. Kan-cheong (緊張code: zh is deprecated ) dalam bahasa Kantonis bermaksud "gemuruh" atau "berdebar-debar", mencerminkan suasana kelam-kabut yang timbul dari kekecohan seseorang yang tidak pandai memasak terpaksa memasak dalam masa yang terhad sambil diganggu pekikan dan bermacam-macam kebisingan.
Kan-Cheong Kitchen | |
---|---|
Genre | Rancangan permainan masakan |
Pengarah | Hasymee Latif Julaini |
Pengacara | Phat Fabes Rina Omar |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | InggerisMelayu |
Bilangan episod | 26 (Senarai episod) |
Penerbitan | |
Penerbit | Hasymee Latif Julaini |
Penyiaran | |
Saluran asal | 8TV |
Siaran asal | 9 Mei 2008 – 5 November 2008 |
Menurut penerbit dan pengarah Kan-Cheong Kitchen, Hasymee Latif Julaini, "Kami mahu lari daripada konsep program masakan tipikal yang terlalu straight forward dengan menyuntik sesuatu yang lebih menyeronokkan. Menu yang diketengahkan setiap minggu adalah menu yang kita makan setiap hari. Sesekali mungkin kita mengetengahkan menu yang mungkin kedengaran hebat tetapi cara penyediaannya tidak sukar."[1]