Kejuruteraan reservoir
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kejuruteraan reservoir merupakan cabang kejuruteraan petroleum yang mengaplikasikan prinsip saintifik dalam masalah saliran yang timbul semasa pembangunan dan pengeluaran reservoir minyak dan gas untuk mencapai perolehan yang berekonomi tinggi. Bidang ilmu yang digunakan seseorang jurutera reservoir termasuklah geologi subpermukaan, matematik gunaan, dan hukum asas fizik dan kimia yang mengawal kelakuan fasa cecair dan wap bagi minyak mentah, gas asli, dan air dalam batuan reservoir. Jurutera reservoir memberikan perhatian yang khusus kepada anggaran rizab yang tepat untuk digunakan dalam laporan kewangan untuk Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran Amerika Syarikat dan badan kawal selia yang lain. Tanggungjawab kerja yang lain termasuklah pemodelan reservoir berangka, peramalan prengeluaran, pengujian telaga, penggerudian dan perancangan kerja pulih telaga, pemodelan ekonomi, dan analisis PVT (tekanan, isi padu dan suhu) bendalir reservoir. Jurutera reservoir juga memainkan peranan utama dalam perancangan pembangunan medan, penyaranan skema penyusutan reservoir yang sesuai dan berkos efektif seperti pembanjiran air atau suntikan gas untuk memaksimumkan perolehan hidrokarbon. Jurutera petroleum juga mungkin terlibat dalam reka bentuk dan implementasi projek pensekuesteran karbon untuk meminimumkan pengeluaran gas rumah tanaman disebabkan oleh perubahan perundangan di kebanyakan negara-negara pengeluar hidrokarbon.