Rencana ini mengenai negara bersejarah (927-1707).
Untuk negara parlimen moden United Kingdom, sila lihat
England.
Kerajaan beraja England merupakan sebuah negara yang terletak di barat laut Eropah. Kewujudannya bermula pada tahun 927 sehingga 1707. Kerajaan beraja England merangkumi 2/3 daripada bahagian kepulauan Great Britain dan pulau-pulau kecil yang kini dikenali sebagai England dan Wales. Penyatuan kerajaan beraja England boleh bermula pada kurun ke-9 dan ke-10. Penaklukan Norman ke atas Wales pada 1067-1283 (dirasmikan dengan Undang-undang Rhuddlan pada tahun 1284) telah meletakkan Wales di dalam kawalan England, dan Wales berada di bawah undang-undang England dengan Undang-undang di dalam Akta-akta Wales 1535–1542. England bersatu dengan jirannya iaitu Kerajaan Scotland dan mewujudkan Kerajaan Great Britain di bawah terma-terma di dalam Akta Penyatuan 1707.
Maklumat lanjut Ibu negara, Bahasa yang umum digunakan ...
Tutup