Kuala Lumpur City FC
kelab bola sepak Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Kuala Lumpur City FC adalah merupakan sebuah kelab bola sepak yang bertanding dalam saingan Liga Super Malaysia. Kelab ini diambil alih pada September 2020 atas arahan penswastaan oleh RBJ Curry House. Pada awal penubuhan tahun 1974 kelab ini dikenali sebagai Wilayah Persekutuan dan diuruskan oleh Persatuan Bola Sepak Wilayah Persekutuan.
Rencana ini perlu dikemas kini. (November 2021) |
Fakta Segera Nama penuh, Gelaran ...
Nama penuh | Kelab Bola Sepak Bandar Raya Kuala Lumpur | ||
---|---|---|---|
Gelaran | The City Boys | ||
Nama pendek | KBSBR Kuala Lumpur | ||
Diasaskan | 1974; 50 tahun yang lalu (1974) sebagai Persatuan Bola Sepak Wilayah Persekutuan. Tahun 2021 merupakan zaman kemuncak bagi Kuala lumpur Fc disegani lagi mahsyur dan mempunyai foundasi yang kuat dibawah bimbingan Jurulatih dari Croatia iaitu Bojan Hodak dan akhirnya ia terbukti apabila berjaya merangkul trofi Piala Malaysia selepas kali terakhir menggapainya pada 32 tahun yang lalu.
2020; 4 tahun yang lalu (2020) sebagai Kuala Lumpur United FC 2021; 3 tahun yang lalu (2021) sebagai Kuala Lumpur City FC | ||
Stadium | Stadium KLFA, Cheras, Kuala Lumpur (Kapasiti: 18.000) | ||
Pemilik | Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur KLFA | ||
CEO | Stanley Bernard Stephen Samuel | ||
Pengurus | Mohd Hamidi Abu Bakar | ||
Jurulatih | Bojan Hodak | ||
Liga | Liga Super Malaysia | ||
2022 | Ke-6 dari 12, Liga Super Malaysia | ||
Tapak sesawang | Laman kelab | ||
| |||
Musim semasa |
Tutup
Kelab ini menjuarai Liga Malaysia pada 1986 dan 1988 dan mencipta sejarah apabila memenangi Piala Malaysia untuk tiga tahun berturut-turut pada 1987, 1988, dan 1989 selain Piala FA Malaysia pada 1993, 1994, dan 1999.
Kelab turut mempunyai tradisi dengan pasukan yang berpangkalan di Lembah Klang iaitu Selangor. Pertemuan tersebut dikenali sebagai Derbi Lembah Klang.