Lebuhraya Senai–Desaru
From Wikipedia, the free encyclopedia
Lebuhraya Senai-Desaru (bahasa Inggeris: Senai-Desaru Expresswaycode: en is deprecated , SDE) , ialah sebuah lebuh raya baru di Johor, Malaysia. Ia merupakan sebahagian daripada Iskandar Malaysia. Menyambungkan Senai di barat Johor dengan Desaru di timur Johor, fasa pertama lebuh raya sepanjang 77 km ini siap pada Ogos 2009, manakala fasa kedua pula siap pada Jun 2011. Waktu perjalanan akan dipendekkan dari 2 jam menjadi 45 minit.
Lebuhraya E22 | |
---|---|
Lebuhraya Senai–Desaru | |
Maklumat laluan | |
Diselenggara oleh Senai-Desaru Expressway Berhad (SDEB) | |
Panjang | 77.0 km (47.8 mi) |
Wujud | 2005–kini |
Sejarah | Siap pada tahun 2011 |
Simpang utama | |
Hujung barat | Senai |
Persimpangan utama | Laluan Kedua Malaysia-Singapura Jalan Lapangan Terbang Senai AH18 Lebuhraya Tebrau Lebuhraya Tanjung Langsat Jalan Pengerang |
Hujung timur | Desaru |
Lokasi | |
Destinasi utama | Senai, Ulu Tiram, Pasir Gudang, Bandar Penawar, Sungai Rengit, Pengerang, Desaru |
Sistem lebuh raya | |
Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri |
Pembinaan Lebuhraya Senai-Desaru bermula pada Julai 2004. Ia bersambung dengan Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Pasir Gudang dan Desaru. Selama ini penduduk sekitar menggunakan Lebuhraya Skudai dan Lebuhraya Pasir Gudang dari Senai untuk ke Pasir Gudang. Kos projek ini RM1.365 bilion.[1]
Secara keseluruhan, lebuh raya ini mempunyai 6 persimpangan, 4 plaza tol dan 2 kawasan rehat dan rawat yang bermula dari persimpangan 301, Senai sebelum melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, bandar Ulu Tiram, Pasir Gudang dan terus ke Desaru.
Pemegang konsesi lebuh raya, Senai-Desaru Expressway Bhd (SDEB) dijangka tidak mengenakan sebarang bayaran tol kepada penggunanya pada peringkat awal.[1]