Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur
From Wikipedia, the free encyclopedia
Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur (JB EDL) dibina di Johor Bahru pada Mac 2008 bagi mengurangkan kesesakan bandar raya Johor Bahru dan menghubungkan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Bukit Chagar (KIK) dengan Lebuhraya Utara-Selatan di Pandan. Lebuh raya ini telah siap pada 2012 dan dibuka untuk lalu lintas pada 1 April 2012.
Rencana ini perlu dikemas kini. |
Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur | |
Syarikat Konsesi | MRCB Lingkaran Selatan Sdn Bhd |
Tempoh Pembinaan | 2007-2011 |
Tarikh Beroperasi | 1 April 2012 |
Tarikh Perasmian | |
Panjang | 8.1 kilometer |
Jumlah Tol | 1 |
Arah | Utara → Selatan |
Lebuhraya Penghubung | Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Selatan |
Laman Web |
Lebuh raya sepanjang 8.1 km bernilai RM977 juta ini dibina oleh Malaysian Resources Corp Berhad (MRCB) dan Tebrau Teguh Bhd dan kerajaan negeri Johor. Berikutan itu 2600 keluarga dari 7 buah kampung yang berhampiran akan dipindahkan bagi pelaksanaan projek tersebut. Tebrau Teguh merupakan anak syarikat Kumpulan Prasarana Rakyat Johor yang memiliki tanah untuk pembangunan EDL.