Liga Juara-Juara AFC
From Wikipedia, the free encyclopedia
Liga Juara-Juara AFC yang dahulunya dikenali Kejohanan Kelab Asia dan Liga Juara-Juara Asia adalah merupakan kejohanan bola sepak antara kelab di antara juara-juara dan pemenang piala 14 liga teratas di Asia. Kejohanan ini diselia oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). Kejohanan ini dipertandingkan di kalangan 32 kelab daripada 10 liga Asia teratas, dua daripadanya mesti layak menerusi playoff. Juara akan menerima kira-kira US$2.25 juta berbentuk hadiah wang tunai (bilangan spesifik bergantung kepada rekod daripada peringkat kumpulan) dan juara akan layak ke Piala Kelab Dunia FIFA pada akhir tahun.
Fakta Segera Ditubuhkan, Kawasan ...
Ditubuhkan | 1967; 57 tahun yang lalu (1967) (format terkini pada 2002) |
---|---|
Kawasan | Asia (AFC) |
Jumlah pasukan | 45 (jumlah) 32 (peringkat kumpulan) |
Perlawanan berkaitan | Liga Juara-Juara Dua AFC (Tahap 2) Liga Cabaran AFC (Tahap 3) |
Juara semasa | Al Ain (gelaran ke-2) |
Kelab paling berjaya | Al-Hilal (4 gelaran) |
Liga Juara-Juara Elit AFC 2024–25 |
Tutup