Perang Amerika Syarikat–Sepanyol
From Wikipedia, the free encyclopedia
Perang Amerika-Sepanyol adalah satu konflik yang berlaku pada tahun 1898 di antara Amerika Syarikat dengan Sepanyol.[6] Pemberontakkan telah merebak selama puluhan tahun di Cuba dan diawasi dengan ketat oleh Amerika; terdapat ketakutan akan perang sebelumnya, sepertimana di dalam Hubungan Virginius pada tahun 1873. Pada 1897–98, rakyat Amerika bertambah marah akan laporan tentang kekejaman Sepanyol, dan selepas penenggelaman misteri kapal perang Maine di pelabuhan Havana, menjadikan kerajaan yang diketuai oleh Presiden William McKinley, seorang anggota Republican, berperang. Mustahil untuk mencapai kompromi; Sepanyol mengistiharkan perang pada 23 April, 1898; Kongres Amerika Syarikat secara rasmi mengistiharkan pemulaan perang pada 21 April.
Perang Amerika-Sepanyol | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Revolusi Filipina, Perang Kemerdekaan Cuba | |||||||||
Charge of the Rough Riders at San Juan Hill, oleh Frederic Remington | |||||||||
| |||||||||
Pihak yang terlibat | |||||||||
Amerika Syarikat Pemisah Cuba Pemisah Puerto Rico Katipunan[1][2][3] | Kerajaan Sepanyol | ||||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||||
William McKinley Nelson A. Miles Theodore Roosevelt William R. Shafter George Dewey William T. Sampson Máximo Gómez Emilio Aguinaldo Apolinario Mabini |
Práxedes Mateo Sagasta Patricio Montojo Pascual Cervera Arsenio Linares y Pombo Manuel Macías y Casado Ramón Blanco y Erenas | ||||||||
Kekuatan | |||||||||
Republik Cuba: Amerika Syarikat: |
Tentera Darat Sepanyol: 10,005 anggota tetap dan militia [4]:20 (Puerto Rico), 51,331 anggota tetap dan militia [4]:20 (Filipina) | ||||||||
Kerugian dan korban | |||||||||
Republik Cuba: Tentera Darat Amerika Syarikat: Tentera Laut Amerika Syarikat: |
Meskipun isu utama adalah kemerdekaan Cuba, sepuluh minggu perang berlaku di kedua-dua Caribbean dan Pasifik. Hasilnya adalah kemenangan muktamad bagi Amerika, diikuti dengan penubuhan pihak berkuasa sementara di Cuba dan kuasa penjajahan tidak terbatas ke atas Puerto Rico, Guam dan Filipina diserahkan kepada Amerika Syarikat pada 10 Disember, 1898 melalui Perjanjian Paris.[7] Sepanyol, yang mana situasi politik adalah sangat tidak stabil, berjaya menyingkirkan sebuah empayar yang mahal dengan kehormatan (Amerika Syarikat membayar AS$ 20 juta kepada Sepanyol). Pemenang telah mendapat pegangan ke atas beberapa pulau di seluruh dunia dan menimbulkan perdebatan baru berkenaan kebijaksanaan penjajahan.