Perlawanan Akhir Piala Dunia FIFA 1934
From Wikipedia, the free encyclopedia
Perlawanan Akhir Piala Dunia FIFA 1934 menemukan antara tuan rumah Piala Dunia FIFA 1934, Itali dan Czechoslovakia. Itali memenangi perlawanan itu dengan keputusan 2-1.
Fakta Segera Peristiwa, Itali ...
Peristiwa | Piala Dunia FIFA 1934 | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||
Tarikh | 10 Jun 1934 | ||||||
Tempat | Stadio Nazionale PNF, Rom | ||||||
Pengadil | Ivan Eklind (Sweden) | ||||||
Kehadiran | 55,000 | ||||||
← 1930 1938 → |
Tutup
Perlawanan akhir itu diadakan di Stadio Nazionale PNF di Rom. Czechoslovakia mendahului pada minit ke-71 melalui jaringan Antonín Puč. Itali menjaringkan gol penyamaan 10 minit kemudian melalui Raimundo Orsi. Perlawanan itu diheret ke masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1, dan ia merupakan perlawanan akhir Piala Dunia pertama yang diheret ke masa tambahan. Itali menjaringkan gol pendahuluan dan juga gol kemenangan, hanya 5 minit selepas masa tambahan bermula melalui jaringan Angelo Schiavio. Itali menjulang gelaran juara dunia buat pertama kalinya.