Piala Super UEFA
From Wikipedia, the free encyclopedia
Piala Super UEFA (Bahasa Inggeris: UEFA Super Cup) dalah perlawanan bola sepak tahunan yang dianjurkan oleh UEFA dan ditandingi oleh juara bertahan kedua-dua pertandingan utama kelab Eropah iaitu Liga Juara-Juara UEFA dan Liga Europa UEFA. Ia berlaku pada permulaan musim domestik, pada bulan Ogos, biasanya pada hari Jumaat.
Ditubuhkan | 1972 (diiktiraf oleh UEFA pada 1973) |
---|---|
Kawasan | Eropah (UEFA) |
Jumlah pasukan | 2 |
Juara semasa | Liverpool (Gelaran ke-4) |
Kelab paling berjaya | Barcelona Milan (Gelaran ke-5) |
Laman sesawang | Laman Sesawang Rasmi |
Piala Super UEFA 2021 |
Dari tahun 1972 hingga 1999, Piala Super UEFA telah dipertandingkan antara pemenang Piala Eropah / Liga Juara-Juara UEFA dan pemenang Piala Winners' Piala UEFA (UEFA Cup Winners' Cup). Selepas pemberhentian Piala Winners' Piala UEFA, ia telah dipertandingkan oleh pemenang Liga Juara-Juara UEFA dan pemenang Piala UEFA, yang dinamakan semula sebagai Liga Europa UEFA pada tahun 2009.
Gelaran semasa adalah kelab Sepanyol, Real Madrid, yang menang 2-0 ke atas Sevilla pada Ogos 2014. Pasukan yang paling berjaya dalam pertandingan ini adalah kelab dari Itali Milan, yang telah memenangi trofi lima kali.