Mawar
genus tumbuhan / From Wikipedia, the free encyclopedia
Mawar (Jawi: ماورcode: ms is deprecated ) atau ros (Jawi: روسcode: ms is deprecated ) merupakan sejenis tumbuhan berbunga dan saka digolong dalam genus Rosa keluarga Rosaceae;[1] ia sering ditanam sebagai tanaman hiasan. Bunga ini pernah dicadangkan sebagai bunga kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu tidak lama selepas ia dimasyhurkan kemerdekaannya sebelum dikalahkan dari bunga-bunga lain oleh bunga raya pada 1960.[perlu rujukan]
Mawar Ros | |
---|---|
Sekuntum bunga mawar yang mekar. | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | |
Keluarga: | Rosaceae |
Subkeluarga: | Rosoideae |
Tribus: | Roseae |
Genus: | |
Spesies | |
| |
Sinonim | |
|
Bunga mawar adalah salah satu jenis pokok bunga yang telah lama dikenali oleh masyarakat Melayu. Ia disebut dalam Hikayat Bayan Budiman yang ditulis sekitar 1370-an.[2] Bunga mawar mempunyai bau harum, biasanya mawar kampung mempunyai bau yang paling kuat. Dalam kebudayaan-kebudayaan Barat dan Melayu, bunga mawar melambangkan cinta.
Tanaman mawar ini adalah berasal dari kawasan subtropika utara.sebahagian kecil spesies dari selatan dan sebahagian spesies besar mawar dari daratan china dan lainnya dari benua eropah.[3]