Sony Ericsson
From Wikipedia, the free encyclopedia
Sony Ericsson ialah satu syarikat usaha sama yang ditubuhkan pada tahun 2001 oleh syarikat elektronik Jepun Sony Corporation dan syarikat telekomunikasi Sweden Ericsson untuk membuat telefon bimbit. Sebab utama yang dinyatakan bagi usaha sama tersebut adalah bagi menggabungkan kepakaran Sony dalam bidang elektronik pengguna dengan kepemimpinan teknologi Ericsson dalam sektor komunikasi. Kedua-dua syarikat induk telah berhenti menghasilkan telefon bimbit.
Jenis/bentuk sah | Swasta |
---|---|
Industri | Telekomunikasi |
Ditubuhkan | 2001 |
Dibubarkan | 1 April 2021 |
Ibu pejabat | Ibu pejabat: Acton, London, England, UK Diperbadankan: Sweden |
Tokoh penting | Hideki 'Dick' Komiyama (Presiden), Anders Runevad (EVP) |
Keluaran | Telefon bimbit Peranti muzik mudah alih Sistem tanpa wayar Peranti suara tanpa wayar Aksesori berteknologi tinggi Peranti data tanpa wayar |
Hasil | €10,959 juta (2006) |
Pendapatan bersih | €997 juta (2006) |
Pemilik | Sony |
Bilangan kakitangan | ~8,000 |
Syarikat induk | Sony Corporation (50%) Ericsson AB (50%) |
Tapak web | |
sunting · sunting di Wikidata |
Ibu pejabat pengurusan global terletak di Hammersmith, London, dan ia mempunyai pasukan kajian & pembangunan di Sweden, Jepun, China, Kanada, Belanda, Amerika Syarikat, India dan United Kingdom.
Sony Ericsson mempunyai lebih kurang 8,000 pekerja di seluruh dunia. Dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 43%, ia menjadi pembekal telefon bimbit yang paling pantas berkembang pada suku tahun ketiga 2006 berbanding Motorola dengan kadar sebanyak 39%. Hari ini, Sony Ericsson adalah syarikat pembuat telefon bimbit kedua paling menguntungkan di belakang Nokia serta telah mencapai status ini disebabkan pertumbuhan yang tinggi di dalam pasaran telefon bimbit canggih.[perlu rujukan]
Setakat 1 November 2007, Presiden syarikat sekarang ialah Hideki Komiyama, yang menggantikan Miles Flint, dan Naib Presiden Eksekutif Korporat ialah Anders Runevad. Agensi pengiklanan global syarikat adalah Saatchi & Saatchi.