Sukan Komanwel 2010
From Wikipedia, the free encyclopedia
Sukan Komanwel 2010 adalah Sukan Komanwel kesembilan belas, dan kesembilan yang dianjurkan di bawah nama tersebut. Temasya ini berlangsung di New Delhi, India antara 3 Oktober hingga 14 Oktober 2010, acara pelbagai sukan yang terbesar di Delhi dan khususnya India, yang sebelum ini pernah menganjurkan Sukan Asia pada 1951 dan 1982. Upacara pembukaan dan penutup diadakan di Stadium Jawaharlal Nehru di Delhi. Ia adalah kali pertama Sukan Komanwel akan diadakan di India dan kali kedua acara diadakan di Asia (selepas 1998 di Kuala Lumpur, Malaysia). Seramai 6,081 atlet daripada 71 pasukan Komanwel bertanding dalam 21 sukan dan 272 acara.
Fakta Segera Bandar tuan rumah, Cogan kata ...
Bandar tuan rumah | Delhi, India |
---|---|
Cogan kata | Come out and play |
Penyertaan negara | 71 kontinjen Komanwel |
Penyertaan atlet | 6,081 |
Acara | 272 acara dalam 21 disiplin |
Upacara pembukaan | 3 Oktober |
Upacara penutupan | 14 Oktober |
Pembukaan dirasmikan oleh | Putera Wales dan Pratibha Patil, Presiden India |
Pembaca ikrar atlet | Abhinav Bindra |
Queen's Baton Final Runner | Sushil Kumar |
Lagu kebangsaan | Jeeyo Utho Badho Jeeto (AR Rahman) |
Stadium utama | Stadium Jawaharlal Nehru |
Laman sesawang | cwgdelhi2010.org |
Tutup