Syeikh
From Wikipedia, the free encyclopedia
Untuk kegunaan lain, sila lihat Syeikh (nyahkekaburan).
Syeikh, juga ditulis Sheik, Cheikh, Sheik, Shaykh, Shaikh, Sheekh, Sheyh, Šeih, Şeyh dan kelainan lain (Arab: شيخ shaykh; (Urdu شیخ, Shiekh); j. شيوخ shuyūkh), ialah suatu perkataan atau istilah hormatan dalam bahasa Arab yang secara harfiahnya bererti "sarjana". Ia lazimnya digunakan untuk merujuk kepada orang tua suatu kaum, orang bijaksana yang dihormati, atau sarjana Islam. Walaupun gelaran ini umumnya merujuk kepada lelaki, ada juga bilangan kecil syeikh wanita dalam sejarah.