TV9
Saluran televisyen Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
TV9 merupakan sebuah saluran televisyen percuma ke udara Malaysia yang dilancarkan pada 22 April 2006 sebagai anak syarikat Media Prima Berhad. Ia menyiarkan pengaturcaraan yang kebanyakannya menjurus kepada demografi Melayu. Saluran itu dahulunya wujud sebagai Channel 9 dari 9 September 2003 hingga 3 Februari 2005 kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh pengendali. TV9 mula bersiaran 24 jam sehari pada 6 Mei 2019.
Negara | Malaysia |
---|---|
Kawasan siaran |
|
Slogan |
|
Ibu pejabat | Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia |
Pengaturcaraan | |
Bahasa | Melayu |
Format gambar | 16:9 HDTV (1080i) 4:3 SDTV (480i) |
Pemilikan | |
Pemilik | Media Prima Berhad (Ch-9 Media Sdn Bhd) |
Orang penting |
|
Saluran kembar | |
Sejarah | |
Dilancarkan |
|
Ditutup |
|
Nama dahulu | Channel 9 (09.09.2003 - 03.02.2005) |
Pautan | |
Laman web | www |
Ketersediaan | |
Terestrial | |
MYTV | Saluran 109 |
Satelit | |
Astro/NJOI | Saluran 149 |
IPTV | |
Unifi TV | Saluran 109 (HD) |
Media penstriman | |
Tonton | Tonton secara langsung Dalam Berdefinisi Tinggi (HD) |
Unifi TV | Unifi TV |
TV3, TV9, NTV7, 8TV dan stesen radio dikawal oleh Media Prima yang mana siarannya berpusat di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.
Saluran ini disiarkan secara langsung pada perkhidmatan penstriman Media Prima, Tonton, MYTV Mana-mana dan Unifi TV. TV9 dan saluran Media Prima yang lainnya tiada dalam aplikasi Astro GO dan sooka kerana di platform Astro dan NJOI masih disiarkan dalam bentuk definisi standard (SD) walaupun siarannya ke resolusi 16.9 atau resolusi HD.