Tengku Muhammad Yusof Shah
From Wikipedia, the free encyclopedia
Nama Penuh Tengku Muhammad Yusof Shah berserta gelaran rasmi ialah ; Yang Amat Mulia Tengku Aris Temenggong Selangor Darul Ehsan Tengku Dato' Setia Muhammad Yusof Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Sir Ala'eddin Sulaiman Shah Al-Haj P.J.K., S.S.A., S.S.I.S., D.K.II.
Tengku Muhammad Yusof Shah | |||||
---|---|---|---|---|---|
Yang Amat Mulia Tengku Aris Temenggong Selangor Darul Ehsan | |||||
Tengku Aris Temenggong Selangor | |||||
Kemahkotaan | 23 Januari 1937 | ||||
Keputeraan | (1926-04-28)28 April 1926 Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (kini Malaysia) | ||||
Kemangkatan | 3 Januari 2018(2018-01-03) (umur 91) Wad Diraja, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor | ||||
Pemakaman | 3 Januari 2018 Makam Diraja Klang, Klang, Selangor | ||||
Pasangan | YM Raja Datin Setia Saidatul-Ezam binti Raja Kechil Besar Brig. Jeneral Raja Dato’ Seri Lope Nur Rashid (k.1953 - m.2014) | ||||
Anakanda | YM Tengku Nariman YM Tengku Molfi YM Tengku Yasmin YM Tengku Soraya YM Tengku Zarina YM Tengku Molek Nazarian YM Tengku Zera YM Tengku Farah YM Tengku Muhammad Sharifuddin YM Tengku Muhammad Yakub | ||||
| |||||
Kerabat | Kerabat DiRaja Selangor | ||||
Ayahanda | Sultan Alaeddin Sulaiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Musa | ||||
Bonda | Tengku Ampuan Fatimah binti Sultan Idris Mursyidul Azzam Shah | ||||
Agama | Islam |
Yang Amat Mulia Tengku Dato' Setia Muhammad Yusof Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Sir Ala'eddin Sulaiman Shah Al-Haj di puterakan pada (28 April 1928 - 3 Januari 2018) merupakan Tengku Aris Temenggong Selangor. Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah berpangkat Nenda (Nenda Saudara) kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Ibni Almarhum Sultan Alauddin Suleiman Shah. Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah merupakan putera ke 19 di antara 25 orang putera kepada Paduka Sri Sultan Selangor ke 5, iaitu Almarhum Paduka Sri Sultan Alauddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa Ibni Almarhum Sultan Abdul Samad.
Almarhum merupakan antara Kerabat DiRaja yang tertua Selangor kerna masih mempunyai kekanda yang masih ada semasa kemangkatannya antaranya Y.A.M Tengku Nur Anuwar (93 tahun), Y.A.M Tengku Mahmud Shah Al-Haj (92 tahun) dan adindanya Y.A.M Tengku Abdul Murad Shah Al-Haj (89 Tahun). Namun Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah adalah Kerabat DiRaja tertua dikalangan yang bergelar.
Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah pernah diberikan kepercayaan dan amanah sebagai Jemaah Pemangku Raja Selangor ketika dibawah Pemerintahan Paduka Sri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah apakala DTYM Raja Muda Selangor - Tengku Idris Shah telah memulakan pelayaran mengelilingi dunia menggunakan kapal layar. Jemaah Pemangku Raja Selangor itu terdiri daripada Y.A.M Tengku Bendahara Selangor – Tengku Azman Shah, Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah, Y.D.M Engku Orang Kaya Maha Bijaya Sepang – Raja Redzwa, Y.D.H Orang Kaya To’ Engku Maha Bijaya Hulu Langat, dan Mufti Kerajaan Negeri Selangor bagi menjalankan tugas-tugas Sultan Selangor yang mendapatkan rawatan jantung di Orlando Amerika Syarikat.
Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah telah diputerakan pada 28 April 1926 dan dibesarkan di perkarangan Istana Mahkota Puri, Klang. Hasil perkongsian hidup Paduka Ayahandanya; Paduka Sri Sultan Sir Ala’uddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa bersama suri negeri baginda iaitu Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Fatimah binti Almarhum Sultan Sir Idris Murshid al-Azzam Rahmatu’llah Shah. Kekanda dan adinda seibu yang lain adalah;
Y.A.M. Tengku To’ Puan Nur Sa’adah – 7 November 1922
Y.A.M. Tengku Nur Anwar – 16 February 1924
Y.A.M. Tengku Nur Asikhin @ Khaladiah – 1925
Y.A.M. Tengku Abdul Rahman – 5 September 1927