Nora (penyanyi)
Penyanyi wanita Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Yang Berbahagia Datuk Wan Norafizah binti Dato’ Haji Wan Ariffin (lahir 26 Julai 1973) atau lebih dikenali sebagai Nora ialah seorang penyanyi wanita Malaysia.[1][2] Dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan, Nora mula bergiat aktif dalam dunia seni suara apabila beliau dinobatkan sebagai juara Bintang HMI pada tahun 1991. Beliau pada mulanya menggunakan mononim Nora pada tahun-tahun terawal kerjayanya, namun sejak kebelakangan ini, beliau telah membuat persembahan di bawah nama Nora J. atau Nora Ariffin.[3][4] Beliau mengikat kontrak rakaman bersama Warner Music Malaysia dan muncul bersama album pertama yang berjudul Sandiwara yang memuatkan lagu hits "Di Persimpangan Dilema" ciptaan Adnan Abu Hassan.[5] Susulan itu, Nora terus mengecapi kejayaan komersial dan kritis menerusi album-albumnya yang dikeluarkan bermula pada pertengahan 1990-an.
Nora | |
---|---|
Kelahiran | Wan Norafizah binti Wan Ariffin (1973-07-26) 26 Julai 1973 (umur 50) |
Nama lain | Nora, Nora J, Nora Ariffin |
Pekerjaan | Penyanyi |
Tahun aktif | 1991–kini |
Pendidikan | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
Pasangan |
|
Anak-anak | 4 (termasuk Alif Johan) |
Antara lagu-lagu terkenal beliau ialah "Katakanlah", "Debaran", "Renungan Terakhir", "Naluri (Hadirlah Kekasih)", "Hanyalah Satu", "Menyemai Cinta Bersamamu", "Mata" dan "Kau Tak Pernah Jauh". Beliau telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan dalam bidang muzik termasuk Anugerah Industri Muzik dan Anugerah Juara Lagu dan disifatkan antara penyanyi yang amat popular pada era 1990-an, sezaman dengan Amy Mastura, Ziana Zain, Ning Baizura, Erra Fazira dan Siti Nurhaliza. Pada tahun 2016, beliau merupakan salah seorang peserta Gegar Vaganza musim ketiga.