Prefektur di Jepun
From Wikipedia, the free encyclopedia
Jepun terdiri daripada 47 prefektur[1] tadbiran iaitu sebuah "metropolis" (都code: ja is deprecated , to, iaitu Tokyo-to); sebuah "litar" (道code: ja is deprecated , dō, iaitu Hokkaidō); dua buah bandar prefektur (府code: ja is deprecated , fu, iaitu Osaka-fu dan Kyoto-fu) serta 43 prefektur biasa (県code: ja is deprecated , ken); kesemua kawasan-kawasan tadbiran ini sekaligus dikenali tergabung sebagai todōfuken (都道府県code: ja is deprecated ). Prefektur merupakan sebuah badan kerajaan yang lebih besar daripada bandar, pekan dan kampung.
Rencana ini perlu dikemas kini. (Ogos 2023) |
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Jepun. (Ogos 2023)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Bahagian Pentadbiran Jepun |
---|
Peringkat Prefektur |
Prefektur (都道府県 todōfuken) |
Peringkat Subwilayah |
Subwilayah (支庁 shichō) |
Peringkat Kawasan Perbandaran |
Bandar Terancang (政令指定都市 seirei-shitei-toshi) Bandar Istimewa Wad Istimewa (Tokyo) |
Peringkat Subkawasan Perbandaran |
Wad (区 ku) |
Prefektur di Jepun | |||||
---|---|---|---|---|---|
Japanese name | |||||
Kanji | 都道府県code: ja is deprecated | ||||
Hiragana | とどうふけんcode: ja is deprecated | ||||
| |||||
Ketua eksekutif bagi setiap satu prefektur adalah dilantik terus oleh gabenor (知事code: ja is deprecated , chiji). Ordinan serta bajet digubal oleh dewan perhimpunan (議会 gikai?) yang dilantik untuk berkhidmat selama empat tahun.
Mengikut Undang-undang Autonomi Tempatan pada masa kini, setiap prefektur dibahagikan lagi kepada beberapa bahagian kecil iaitu subwilayah (市code: ja is deprecated , shi) dan daerah (郡code: ja is deprecated , gun). Setiap daerah pula dibahagikan kepada pekan (町code: ja is deprecated , chō / machi) dan kampung (村code: ja is deprecated , son / mura). Sebagai contoh, Hokkaidō mempunyai 14 subprefektur yang berfungsi sebagai bahagian jabatan (支庁code: ja is deprecated , shichō) kepada prefektur. Prefektur-prefektur yang lain turut ada bahagian jabatan masing-masing yang berfungsi sebagai fungsi pentadbiran prefektur diluar ibu negara.