William Halsey Jr.
United States admiral / From Wikipedia, the free encyclopedia
Laksamana Armada William Frederick Halsey, Jr., KBE (30 Oktober 30, 1882 – 16 Ogos 1959),[1] dikenali sebagai Bill Halsey atau "Bull" Halsey, ialah seorang panglima perang terkenal dalam Tentera Laut Amerika Syarikat semasa Perang Dunia II. Beliau merupakan salah seorang dari empat individu yang pernah mencapai pangkat Laksamana Armada Tentera Laut AS, yang lain-lain adalah Ernest King, William Leahy, dan Chester Nimitz.
William Halsey Jr. | |
---|---|
Nama lahir | William Frederick Halsey, Jr. |
Nama samaran | "Bull" Halsey (dalam media) "Bill" (bagi famili, sahabat, dan rakan sekerja tentera) |
Kelahiran | (1882-10-30)30 Oktober 1882 Elizabeth, New Jersey |
Meninggal dunia | 16 Ogos 1959(1959-08-16) (umur 76) Fishers Island, New York |
Tempat Bersemadi | Tanah Perkuburan Kebangsaan Arlington |
Kesetiaan | Amerika Syarikat |
Perkhidmatan | Tentera Laut Amerika Syarikat |
Tahun perkhidmatan | 1904–1959 |
Pangkat | Laksamana Armada |
Arahan | Kapal USS Shaw Kapal USS Wickes Kapal USS Dale Kapal USS Saratoga NAS Pensacola Divisyen 2 Kapal Pengangkut Pasukan Petugas 16 Wilayah Pasifik Selatan Armada Ketiga Amerika Syarikat |
Pertempuran | Perang Dunia I
Perang dunia II |
Anugerah | Navy Cross Navy Distinguished Service Medal |
Dilahirkan di Elizabeth, New Jersey, Halsey mendapat ijazah dari Akademi Tentera Laut Amerika Syarikat pada tahun 1904. Beliau bertugas dalam Great White Fleet dan, semasa Perang Dunia I, memerintah kapal pembinasa USS Shaw. Beliau mengambil alih pemerintahan kapal pengangkut pesawat USS Saratoga pada tahun 1935 selepas menamatkan kursus dalam penerbangan laut, dan telah dinaikkan pangkat ke laksamana muda pada tahun 1938. Pada permulaan perang di Pasifik (1941–1945), Halsey memerintah pasukan petugas yang berpusat di kapal induk USS Enterprise (CV-6) dalam beberapa siri serangan terhadap sasaran milik Jepun.
Halsey telah dilantik Panglima, Kawasan Pasifik Selatan, dan memimpin tentera bersekutu di sepanjang Pertempuran untuk Guadalcanal (1942–43) dan pertempuran kepulauan Solomon (1942–45).[2] Pada tahun 1943 beliau dijadikan Panglima Armada Ketiga, jawatan yang disandang sepanjang peperangan.[3] Beliau mengambil bahagian dalam Pertempuran untuk Leyte Gulf, iaitu pertempuran laut terbesar dalam Perang Dunia Kedua dan, oleh beberapa kriteria, sebagai pertempuran laut terbesar dalam sejarah.