Zvonimir Boban
From Wikipedia, the free encyclopedia
Zvonimir Boban (sebutan Croatia: [zʋônimiːr bǒban] ( dengar); lahir 8 Oktober 1968) merupakan seorang bekas pemain bola sepak Croatia yang bermain di posisi pemain tengah. Sepanjang kariernya, beliau banyak bermain untuk kelab Serie A, Milan dan beliau meraih empat kejuaraan Serie A dan satu gelaran Liga Juara-Juara Eropah.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Zvonimir Boban | ||
Tarikh lahir | (1968-10-08) 8 Oktober 1968 (umur 55) | ||
Tempat lahir | Imotski, RPS Yugoslavia | ||
Ketinggian | 1.85 m (6 ka 1 in) | ||
Posisi permainan | Pemain tengah menyerang | ||
Kerjaya remaja | |||
1978–1981 | Mračaj Runović | ||
1981–1982 | Hajduk Split | ||
1983–1985 | Dinamo Zagreb | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1985–1991 | Dinamo Zagreb | 109 | (45) |
1991–2002 | Milan | 178 | (21) |
1991–1992 | → Bari (pinjaman) | 17 | (2) |
2001–2002 | → Celta Vigo (pinjaman) | 4 | (0) |
Jumlah | 308 | (68) | |
Pasukan kebangsaan | |||
1987 | Yugoslavia B20 | 6 | (3) |
1988–1991 | Yugoslavia | 7 | (1) |
1990–1999 | Croatia | 51 | (12) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik |
Boban merupakan seorang bekas kapten pasukan kebangsaan Croatia yang meraih tempat ketiga dalam kejohanan Piala Dunia 1998. Sebelum pengakuan pasukan kebangsaan Croatia, Boban bermain untuk pasukan bola sepak kebangsaan Yugoslavia dan membuat debut pada tahun 1988. Selepas beraksi tujuh perlawanan antarabangsa untuk Yugoslavia, Boban bermain untuk pasukan Croatia sebanyak 51 perlawanan dan menjaringkan 12 gol di antara tahun 1990 dan 1999.
Sejak bersara pada tahun 2002, Boban memperoleh ijazah sejarah dari Universiti Zagreb. Beliau juga bekerja di Sky Italia dan RTL Televizija. Beliau mempunyai reputasi sebagai seorang penganalisis lantang.