Abdul Hadi Awang
ahli politik, ulama dan penulis; Presiden Parti Islam Se-Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
YB Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang (Jawi: عبد الهادي بن اواڠcode: ms is deprecated , lahir 20 Oktober 1947) ialah seorang ilmuwan Islam dan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Marang. Pada peringkat parti, beliau merupakan presiden parti
Abdul Hadi Awang | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
[[Presiden PAS]] ke-7 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Memegang jawatan 14 September 2003 (2003-09-14) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Timbalan |
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Didahului oleh | Fadzil Mohd Noor | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Butiran peribadi | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Lahir | Abdul Hadi bin Awang (1947-10-20) 20 Oktober 1947 (umur 76) Rusila, Terengganu | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Parti politik | PAS (rasmi sejak 1964) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sekutu gabungan politik lain | BN (1974-1977) MN (2019-kini) PN (2020-kini) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pasangan | Puan Sri To' Puan Seri Zainab Awang Ngah (k. 1976) Dr. Norzita Taat (k. 1991) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Anak-anak | 14 (termasuk Muhammad Khalil Abdul Hadi) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kediaman | Rusila, Terengganu | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pekerjaan | Ahli politik, Ulama | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Laman web rasmi | Laman Presiden PAS. |
Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Duta Khas Perdana Menteri Malaysia ke Timur Tengah di bawah Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob.
Pada penggal Parlimen Malaysia ke-10, Parti Islam Se-Malaysia bersama rakan komponen Barisan Alternatif memenangi Pilihan raya umum Malaysia 1999 di Terengganu. Beliau dipilih sebagai YAB Menteri Besar Terengganu dari tahun 1999 hingga 2004. Pada Pilihan raya umum Malaysia 2004, PAS bersama rakan komponen ditewaskan BN. Tan Sri Idris Jusoh menggantikannya sebagai Menteri Besar Terengganu. Tuan Guru kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu Ru Rendang sehingga tahun 2018. Beliau juga menggantikan Almarhum Ustaz Fadzil Noor sebagai Ketua Pembangkang Dewan Rakyat selepas pemergiannya.
Hadi Awang ialah seorang ahli politik yang kontroversi di Malaysia. Sejak 1980-an, beliau secara rutin membuat kenyataan berbaur terhadap minoriti bukan Islam serta Melayu Islam yang tidak menganut pandangan agamanya yang ultrakonservatif. Akibatnya, beliau sering menjadi sasaran siasatan polis Malaysia.