Banjir Asia Selatan 2007
From Wikipedia, the free encyclopedia
Banjir dahsyat berlaku di Asia Selatan melibatkan negara India , Bangladesh,selatan Pakistan , Nepal, Bhutan sehingga 5 Ogos 2007. Sehingga 5 Ogos 2007, lebih 1400 telah mati lemas. Banjir ini telah berlaku lebih tiga minggu.
UNICEF iaitu Pertubuhan Kebajikan Kanak-kanak PBB menyatakan lebih 1100 mati di India sahaja.
Tidak kurang 35 juta orang hilang tempat tinggal kerana rumah ditenggelami banjir dan dihanyutkan oleh arus deras. Kebanyakan mereka membina rumah dari kayu dan rumput-rumput yang mudah dihanyutkan air ke hilir sungai.
Banjir turut merosakkan jalan raya dan landasan kereta api, jambatan dan kawasan pertanian tradisional. Mereka berhadapan dengan masalah ketiadaan benih padi untuk ditanam pada musim akan datang. Mereka yang sedia miskin kehilangan kerja dan sumber makanan dan terdedah kepada kebuluran.
- Bantuan perubatan juga kepada mangsa gigitan ular dan serangga berbisa yang lain.
Kawasan pergunungan di Nepal bukan banjir yang berlaku. Sebaliknya mereka berhadapan dengan salji yang mencair dan menghanyut kawasan penempatan di tepi Sungai Brahmaputra.
- Tahun 1985 , ribut siklon dengan kelajuan 154 km sejam telah menyebabkan gelombang laut setinggi 4 meter di Bangladesh. 11,000 orang terbunuh, 94,000 rumah musnah, 135,000 haiwan peliharaan terbunuh .
- Tahun 1988 , 2/3 Bangladesh ditenggelami banjir. Separuh bandar Dhaka dan Lapangan Terbang Antarabangsa Zia tenggelam. Lebih 600 jiwa terkorban.