Belima
baka kuda / From Wikipedia, the free encyclopedia
Belima (bahasa Inggeris: thoroughbredcode: en is deprecated ) ialah suatu baka kuda yang dikenali kerana digunakan dalam perlumbaan kuda. Meskipun perkataan thoroughbred kadang kala digunakan bagi merujuk kepada sebarang kuda baka asli,[penjelasan lanjut diperlukan] ia secara teknikalnya merujuk hanya kepada baka Belima. Belima dianggap seekor kuda "berdarah panas", disebabkan ketahanan, kelajuan dan semangat mereka.
Kuda lumba belima | ||
Ciri-ciri unggul: | Tinggi, langsing, kuda atlet, digunakan dalam perlumbaan dan banyak sukan menunggang kuda | |
Negara asal: | England | |
Nama gelaran biasa: | Tb (singkatan); Bloodhorse | |
Standard baka | ||
Kelab Joki: | Standard baka | |
Australian Stud Book: | Standard baka | |
General Stud Book: | Standard baka | |
Kuda (Equus ferus caballus) |
Belima yang dikenali pada hari ini pertama kali dibiakkan pada kurun ke-17 dan ke-18 apabila kuda betina tempatan dikacukkan dengan kuda jantan Arab yang diimport. Kesemua Belima moden boleh dikesan salasilahnya kepada tiga ekor kuda jantan yang dibawa masuk ke dalam England pada kurun ke-17 dan ke-18, dan sehingga 74 ekor kuda betina Inggeris dan Timur (Arab, Turkoman atau Barb). Semasa kurun ke-18 dan ke-19, baka Belima tersebar ke seluruh dunia; ia dibawa masuk ke Amerika Utara bermula pada tahun 1730 dan Australia, Eropah, Jepun dan Amerika Selatan pada kurun ke-19. Berjuta-juta ekor Belima wujud di dunia pada hari ini, dengan lebih daripada 118,000 anak kuda didaftarkan setiap tahun di seluruh dunia.
Meskipun Belima banyak digunakan dalam perlumbaan, ia juga dibiakkan untuk kegunaan menunggang yang lain, seperti pertunjukkan lompatan, latihan bersepadu, dressage, polo, dan memburu musang. Ia juga biasa dikacukkan dengan baka-baka lain bagi menghasilkan baka-baka baru atau untuk memperbaiki baka sedia ada dan memberi pengaruh kepada banyak baka penting yang baru seperti Kuda Suku, Standardbred, Arab-Inggeris, dan pelbagai baka Warmblood.