Björk Guðmundsdóttir
From Wikipedia, the free encyclopedia
Björk Guðmundsdóttir [ˈpjœr̥k ˈkvʏðmʏntsˌtoʊhtɪr] (lahir 21 November, 1965 di Reykjavík, Iceland) atau lebih dikenali dengan nama pertamanya Björk adalah seorang penyanyi, penggubah lagu, komposer dan pelakon wanita berasal dari Iceland. Beliau dikenali kerana menggabungkan kepelbagaian pengaruh dalam penghasilan muziknya[2], termasuk pop, rock alternatif, jazz, ambien, elektronika, muzik rakyat dan muzik klasik. Beliau memenangi pelbagai anugerah dunia seni, selain 12 pencalonan Anugerah Grammy dan satu pencalonan Anugerah Academy.
Björk | |
---|---|
Kelahiran | Björk Guðmundsdóttir (1965-11-21) 21 November 1965 (umur 58) |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 1976-kini |
Pasangan | Þór Eldon (k. 1986–1987) |
Rakan kongsi domestik | Matthew Barney (2000–2013)[1] |
Anak-anak | 2 |
Ibu bapa |
|
Kerjaya muzik | |
Genre |
|
Instrumen | |
Syarikat rakaman |
|
Pengkarya berkait |
|
Laman sesawang | bjork |
Bernaung di bawah syarikat rakaman One Little Indian, pada 2003, Björk telah menghasilkan penjualan album sebanyak 15 juta unit di seluruh dunia[3].
Album terbarunya, Volta, telah diedarkan ke seluruh dunia bermula 8 Mei 2007. Beliau telah menduduki tangga #36 dalam carta The 100 Greatest Women in Rock and Roll di VH1[4] dan #8 untuk carta 22 Greatest Voices in Music di MTV.