Brad Bird
From Wikipedia, the free encyclopedia
Phillip Bradley Bird (lahir 24 September 1957) merupakan seorang pengarah, penulis skrip, juruanimasi, penerbit dan kadangkalanya pelakon suara Amerika Syarikat yang terkenal melalui filem-filem animasi dan aksi.
Brad Bird | |
---|---|
Kelahiran | Phillip Bradley Bird (1957-09-24) 24 September 1957 (umur 66) |
Pusat pendidikan | Institut Kesenian California Sekolah Tinggi Corvallis |
Pekerjaan | Pengarah, penulis skrip, juruanimasi, penerbit, pelakon suara |
Tahun aktif | 1979–kini |
Karya terkenal | |
Pasangan | Elizabeth Canney (k. 1988) |
Anak-anak | 3 |
Minat Brad terhadap seni animasi mula berputik pada usia muda, bahkan beliau turut diberi tunjuk ajar oleh Milt Kahl yang merupakan salah seorang juruanimasi tersohor Disney. Beliau merupakan salah satu lepasan terawal Institut Seni California bersama-sama John Lasseter dan Tim Burton. Selepas itu, Brad bekerja sebagai juruanimasi Disney dan menulis layar skrin untuk filem Batteries Not Included (1987). Brad bertugas sebagai penasihat kreatif lapan musim pertama rancangan The Simpsons, di mana dia turut mengembangkan gaya animasi rancangan tersebut. Beliau meninggalkan Gracie Films selepas itu untuk menghasilkan filem animasi pertamanya sendiri, The Iron Giant (1999), yang gagal mendapat kutipan pawagam tetapi kemudiannya diiktiraf sebagai filem animasi moden berprestij. Beliau bertemu semula dengan Lasseter di Pixar pada 2000. Di studio itulah Brad membuat filem The Incredibles (2004) dan Ratatouille (2007) yang merupakan antara filem-filem keluaran Pixar paling terlaris serta memenangkannya dua anugerah kategori Filem Animasi Terbaik dalam Anugerah Akademi selain perolehan banyak pencalonan kategori Penulisan Skrip Terbaik dalam anugerah tersebut.
Pada 2011, Bird mengarahkan filem aksi pertamanya iaitu Mission: Impossible – Ghost Protocol, filem yang mendapat kutipan tertinggi serta ulasan terbaik dalam siri filem Mission Impossible itu. Filem aksinya yang seterusnya, Tomorrowland yang dibintangi George Clooney ditayangkan pada Mei 2015.