Kallisthenes
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kallisthenes dari Olynthus (Bahasa Yunani Kuno: Καλλισθένηςcode: grc is deprecated ; c. 360-328 SM) ialah seorang ahli sejarah Yunani. Beliau merupakan anak kepada Hero (anak saudara Aristotle) dan Proxenus dari Atarneus, oleh itu beliau merupakan cucu saudara Aristotle menerusi kakaknya, Arimneste. Kallisthenes mula-mula bertemu dengan Aristotle sewaktu Aristotle mendidik Iskandar Agung. Berkat pengaruh datuk saudaranya, Kallisthenes kemudiannya dilantik untuk mengiringi Iskandar Agung dalam ekspedisi ke Asia selaku pakar sejarah.