Disney+ Hotstar
From Wikipedia, the free encyclopedia
Disney+ Hotstar (dikenali hanya sebagai Hotstar[lower-alpha 1]) ialah sebuah perkhidmatan OTT penstriman beserta video atas permintaan India yang dimiliki oleh Disney Star yang juga merupakan anak syarikat kepada The Walt Disney Company.[2] Ia dilancarkan sebagai Hotstar sejak 2015, sebelum pemerolehan Hotstar oleh Disney pada April 2020.[3] Di India, perkhidmatan ini digunakan lebih kurang 300 juta pengguna aktif.[2]
Kawasan yang dipasarkan | India, Amerika Utara, United Kingdom, Dunia Arab, dan beberapa bahagian negara di Asia Tenggara (versi mungkin berbeza) (lihat negara yang dilancarkan) |
---|---|
Presiden | Sunil Rayan |
Industri | Penstriman |
Servis | Penstriman video atas permintaan |
Pemilik | The Walt Disney Company India |
Induk | Novi Digital Entertainment (Disney Star) |
Laman web | www |
Kedudukan Alexa | 251 (12 Jun 2020)[1] |
Jenis laman web | Platform OTT |
Dilancarkan | 11 Februari 2015 (2015-02-11) |
Status terkini | Aktif |
Pada Februari 2020, setelah pemerolehan induk Star India, 21st Century Fox, oleh Disney pada 2019, Disney mengumumkan rancangan integrasi perkhidmatan video atas permintaan Disney+ dengan Hotstar pada April 2020, untuk memanfaatkan infrastruktur dan pengguna Hotstar. Pada 3 April 2020, platform tersebut digabungkan dengan Disney+.[4]
Disney+ Hotstar juga terdapat di negara di luar India, iaitu, Indonesia, Malaysia, dan Thailand. Manakala, negara di Kanada, Amerika Syarikat, United Kingdom, Dunia Arab, dan Singapura pula hanya didatangkan dengan perkhidmatan penstriman Hotstar sahaja. Di Malaysia, perkhidmatan ini mula beroperasi pada 1 Jun 2021 dengan menyiarkan kandungan dari Disney dan puluhan filem tempatan.[5]