Gerhard Schröder
From Wikipedia, the free encyclopedia
Gerhard Schröder (lahir pada 7 April 1944 di Mossenberg, Niedersachsen) adalah Kanselor Jerman untuk tempoh 1998-2005. Bapanya, Fritz Schröder ditembak mati pada 4 Oktober 1944 bersama lapan ahli pasukannya yang lain di zaman pemerintahan Adolf Hitler. Ketika itu mereka cuba melarikan diri dari desa Ceanu Mare setelah mendapat serangan tentara Romania. Peristiwa itu terjadi ketika beliau berusia enam bulan. Sejak peristiwa itu, ayahnya hanyalah tinggal nama bagi beliau. Bahkan, pusaranya juga tidak pernah diketahui. Pusara itu hanya ditemui setelah Gunhild Kamp-Schröder terus berusaha mengesan ayah mereka dengan bantuan Palang Merah Antarabangsa.
Gerhard Schröder | |
---|---|
Kanselor Jerman | |
Dalam jawatan 27 Oktober 1998 – 22 November 2005 | |
Presiden | Roman Herzog Johannes Rau Horst Köhler |
Naib Kanselor | Joschka Fischer |
Didahului oleh | Helmut Kohl |
Digantikan oleh | Angela Merkel |
Ketua Parti Demokrat Sosial Jerman | |
Dalam jawatan 12 Mac 1999 – 21 Mac 2004 | |
Setiausaha Agung | Franz Müntefering Olaf Scholz |
Didahului oleh | Oskar Lafontaine |
Digantikan oleh | Franz Müntefering |
Presiden Bundesrat | |
Dalam jawatan 1 November 1997 – 27 Okktober 1998 | |
Didahului oleh | Erwin Teufel |
Digantikan oleh | Hans Eichel |
Ketua Menteri Sachsen | |
Dalam jawatan 21 June 1990 – 27 Oktober 1998 | |
Timbalan | Gerhard Glogowski |
Didahului oleh | Ernst Albrecht |
Digantikan oleh | Gerhard Glogowski |
Ahli Bundestag Sachsen Hilir | |
Dalam jawatan 26 Oktober 1998 – 24 November 2005 | |
Kawasan pilihan raya | Party list |
Dalam jawatan 29 Mac 1983 – 1 Julai 1986 | |
Kawasan pilihan raya | Party list |
Alhi Bundestag untuk Hannover-Land I | |
Dalam jawatan 4 November 1980 – 29 Mac 1983 | |
Didahului oleh | Kawasan pentadbiran ditubuhkan |
Digantikan oleh | Dietmar Kansy |
Butiran peribadi | |
Lahir | Gerhard Fritz Kurt Schröder (1944-04-07) 7 April 1944 (umur 80) Blomberg, Negara Bebas Lippe, Jerman |
Parti politik | Parti Demokrat Sosial Jerman |
Pasangan | Eva Schubach (k. 1968; c. 1972) Anne Taschenmacher (k. 1972; c. 1984) Hiltrud Hampel (k. 1984; c. 1997) Doris Köpf (k. 1997; c. 2018) So-Yeon Kim (k. 2018) |
Anak-anak | 2 |
Alma mater | Universiti Göttingen |
Tandatangan |
Hidup di dalam kemiskinan menjadi riwayat masa kecilnya. Ibunya terpaksa bekerja sebagai pembersih rumah untuk menyara lima anak. Masa kecil Schröder penuh dengan kesusahan. Setelah selesai sekolah rendah, pada umur 14 tahun, beliau mulai mengenal dunia kerja. Mulanya menjadi penjaga kedai selama tiga tahun (1959 - 1961), kemudian menjadi pekerja di bidang pembinaan sebagai pekerja kurang mahir. Ketika beliau bekerja di sektor pembinaan, Schröder bersekolah malam dan mendapat kelulusan untuk meneruskan pangajian tinggi pada tahun 1964 dalam bidang undang-undang.
Beliau lulus pada ujian peringkat pertama undang-undang di Universiti Göttingen tahun 1971, sebelum akhirnya mendapat kelayakan peguam pada tahun 1976. Beliau berkhidmat sebagai peguam bebas dari tahun 1978 - 1990 di Hannover.