Heinrich von Coudenhove-Kalergi
From Wikipedia, the free encyclopedia
Heinrich Johann Maria von Coudenhove-Kalergi (12 Oktober 1859 – 14 Mei 1906), juga dikenali sebagai Heinrich Coudenhove-Kalergi (digaya sebagai Count dari Coudenhove hingga 1903 dan Count dari Coudenhove-Kalergi selepas itu), adalah seorang diplomat Austria-Hungary dan penulis yang merupakan ahli keluarga Coudenhove-Kalergi. Beliau dilahirkan di Vienna dan meninggal di Ronsberg, Bohemia Barat (kini Poběžovice in the Republik Czech). Beliau telah menuturi 18 bahasa (termasuk Turki, Arab, Ibrani dan Jepun), dan jawatan diplomatiknya termasuk Athens, Rio de Janeiro, Kustantiniyah, dan Buenos Aires.
Heinrich von Coudenhove-Kalergi | |
---|---|
Count of Coudenhove-Kalergi | |
Lahir | (1859-10-12)12 Oktober 1859 Vienna, Austria |
Mangkat | 4 Mei 1906(1906-05-04) (umur 46) Poběžovice |
Keturunan | Coudenhove-Kalergi |
Pasangan | Mitsuko Aoyama |
Anak | |
Ayahnda | Franz Karl Graf von Coudenhove |
Bonda | Marie von Kalergi |
Beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Austria-Hungary ke Jepun, yang mana beliau menetap selama 4 tahun, mempelajari Buddhisme dan menikah seorang perempuan Jepun muda dari keluarga samurai, Mitsuko Aoyama. Mereka dikurniakan tujuh cahaya mata, termasuk Richard von Coudenhove-Kalergi, khusunya dikenali untuk peranannya dalam penubuhan Gerakan Pan-Eropah.