Hornbill Skyways
Syarikat Penerbangan serantau Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Hornbill Skyways Sdn Bhd (melakukan perniagaan sebagai Hornbill Skyways) merupakan satu diantara syarikat penerbangan di negeri Sarawak. Ia ditubuhkan pada Tahun 1977 dan dimiliki hampir sepenuhnya oleh kerajaan Sarawak.Pada mulanya,mereka hanya memiliki sebuah pesawat ringan siri Cessna 421 dan 2 buah Helikopter siri Bell 206B Jet Ranger.
| |||||||
Ditubuhkan | 1977; 47 tahun yang lalu (1977) | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Hab | |||||||
Hab kedua | |||||||
Pesawat | 14 (jumlah keseluruhan armada) (12 Helikopter,2 Pesawat Sayap Kaku) 8 (jumlah armada untuk masa kini) | ||||||
Destinasi | 6 (jumlah keseluruhan destinasi) 4 (jumlah destinasi terkini) | ||||||
Ibu pejabat | Kuching, Sarawak, Malaysia | ||||||
Orang penting | YBhg. Datuk Aidan Wing,(Pengerusi Eksekutif) | ||||||
Laman web | www |
Hornbill Skyways menyediakan perkhidmatan penerbangan dengan menggunakan empat buah helikopter jenis Bell 206B Jet Ranger III (9M-AWE, 9M-AYP, 9M-SGH, 9M-SGJ), 3 buah helikopter jenis Bell 206L Long Ranger IV (9M-BCU, 9M-HSM, 9M-HSS), 4 buah helikopter jenis EC135 P2 (9M-WSA, 9M-WSG, 9M-WSM dan 9M-AZZ), sebuah helikopter jenis Bell 430 (9M-HRM), sebuah pesawat ringan Beech Super King Air (9M-WSK) dan sebuah jet eksekutif jenis Cessna 750 Citation X (9M-ATM).Hornbill Skyways adalah satu-satunya syarikat penerbangan yang memiliki dan mengoperasikan helikopter Bell 430 dan Cessna Citation X,yang dianggap jet eksekutif terpantas dalam sejarah penerbangan,dengan kelajuan Mach 0.92.
ibu penjabat Hornbill Skyways berpusat di bahagian Utara Pan Hangar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan syarikat penerbangan itu juga memiliki penjabat korporat di Bandar Kuching dan mempunyai cawangan penjabat daerah di Lapangan Terbang Miri.