José Rizal
From Wikipedia, the free encyclopedia
José Protasio Rizal Mercado y Alonso Realonda (Sebutan Sepanyol: [xoˈse riˈsal]; 19 Jun 1861, Calamba, Laguna – 30 Disember 1896, Bagumbayan, Manila) ialah wira kebangsaan Filipina. Beliau ialah seorang yang berbakat. Selain daripada menjadi seorang doktor, beliau juga merupakan ahli seni pahat, penyair, penulis drama dan pengarang novel. Beliau boleh bertutur dalam bermacam-macam bahasa seperti bahasa Tagalog, Melayu, Cina, Arab, Ibrani, Inggeris, Jepun, Sepanyol, Itali, Portugis, Latin, Perancis, Yunani, Rusia, Sanskrit dan dialek-dialek Filipina yang lain.
José Rizal | |
---|---|
Kelahiran | José Protasio Rizal Mercado y Alonso Realonda[1] 19 Jun 1861[2] |
Meninggal dunia | 30 Disember 1896(1896-12-30) (umur 35)[3] |
Sebab kematian | Pelaksanaan hukuman mati oleh pasukan penembak |
Monumen | Taman Luneta, Manila, Calamba, Laguna, Daet, Camarines Norte, Carson, California |
Nama lain | Pepe, Jose (gelaran)[4][5] |
Pusat pendidikan | Ateneo Municipal de Manila, Universiti Santo Tomas, Universidad Central de Madrid |
Organisasi | La Solidaridad, La Liga Filipina |
Pasangan | Josephine Bracken (1896)[6] |
Ibu bapa | Francisco Mercado Rizal (ayah) Teodora Alonso Realonda (ibu) |
Tandatangan | |
José sangat disanjung seperti seorang "putera agung" atas perjuangannya meneguhkan jatidiri bangsa Filipina meskipun tercengkam dalam tangan penjajah Sepanyol; sahabat penanya Ferdinand Blumentritt memuji tinggi beliau "saperti sabutir bintang berekor di-langit yang chahaya 'ajaib-nya hanya timbul sa-kali tiap2 dua ratus tahun".[7]