Kapal penyerang amfibia Kelas Mistral
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kapal serangan amfibia Kelas Mistral adalah satu kelas kapal penyerang amfibia. Ia juga dikenali sebagai sebuah kapal pengangkut helikopter, dari Tentera Laut Perancis. Sebuah kapal kelas Mistral mampu mengangkut dan mengatur gerak 16 buah helikopter NHI NH90 atau Tigre, empat baj mendarat, sehingga 70 buah kenderaan termasuk 13 buah kereta kebal Leclerc, atau batalion kereta kebal Leclerc berkekuatan 40 buah,[2] dan 450 anggota tentera. Kapal ini dilengkapkan dengan sebuah hospital dengan 69 buah katil, dan mampu beroperasi sebagai sebahagian daripada Pasukan Tindak Balas NATO, atau dengan pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa Bersatu atau Kesatuan Eropah.
Mistral di Pelabuhan Toulon | |
Gambaran keseluruhan kelas | |
---|---|
Nama: | Kapal penyerang amfibia Kelas Mistral |
Pembina: | Limbungan Brest dan St-Nazaire |
Pengguna: | * Marine Nationale |
Sebelumnya: | Foudre |
Kos: | €451.6 juta[1] (FY 2012) (~US$600 juta) |
Ditauliah pada: | Disember 2005 - kini |
Jumlah dirancang: | 5 |
Jumlah disiapkan: | 5 |
Jumlah aktif: | Mistral, Tonnerre, Dixmude Gamal Abdel Nasser, Anwar El Sadat |
Ciri-ciri umum | |
Jenis: | Pelantar mendarat helikopter |
Sesaran: |
|
Panjang: | 199 meter (653 ka) |
Lunas: | 32 meter (105 ka) |
Draught: | 6.3 meter (21 ka) |
Installed power: | 3x penjana diesel Wärtsilä 16 V32 (6,2 MW) + 1x penjana bantuan diesel Wärtsilä Vasaa 18V200 (3 MW) |
Jana kuasa: | 2x motor elektrik Mermaïd (2 × 7 MW), 2x bebaling 5-bilah |
Halaju: | 18.8 knot (35 km/j) |
Jarak: |
|
Bot & lancang yang dibawa: |
|
Kapasiti: | 59 buah kenderaan (termasuk 13 buah Leclerc) atau satu batalion Leclerc dengan 40 buah kereta kebal |
Trup: |
|
Anak kapal: | 20 pegawai, 80 bintara muda, 60 kuarter-master |
Sistem penderia dan pemprosesan: |
|
Persenjataan: |
|
Pesawat yang dibawa: | 16x helikopter berat atau 35x helikopter ringan |
Kemudahan penerbangan: | 6x tempat mendarat helikopter |
Dua buah kapal dalam kelas ini sedang berkhidmat dengan Tentera Laut Perancis: Mistral dan Tonnerre. Kerja-kerja ke atas kapal ketiga, Dixmude, telah dilancarkan pada April 2009 dan kapal keempat juga mungkin akan dibina.