Kejohanan Remaja B-17 UEFA
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kejohanan Remaja B-17 UEFA juga dikenali sebagai Kejohanan Remaja Eropah B-17 UEFA adalah Pertandingan bola sepak Eropah tahunan yang ditandingi oleh pasukan kebangsaan lelaki di bawah-17 dari ahli persatuan UEFA. Ditubuhkan pada tahun 1982, pertandingan ini telah dianjurkan sebagai acara di bawah-16 sehingga tahun 2001, apabila ia ditukar kepada kategori umur semasa. Dalam tahun-tahun ganjil, ia berfungsi sebagai kejohanan kelayakan Eropah untuk Piala Dunia B-17 FIFA.
Ditubuhkan | 1982 |
---|---|
Kawasan | Eropah (UEFA) |
Jumlah pasukan | 53 (pusingan kelayakan) 8/16 (kejohanan akhir) |
Juara semasa | Belanda (Gelaran ke-4) |
Pasukan paling berjaya | Sepanyol (9 Gelaran) |
Kejohanan Remaja B-17 UEFA 2019 |
Format pertandingan semasa terbahagi kepada tiga tahap: pusingan kelayakan, satu pusingan elit dan kejohanan akhir. Peringkat pertama berlangsung pada musim luruh tahun sebelumnya, manakala pusingan elit dimainkan pada musim bunga. Pemenang setiap kumpulan pusingan elit menyertai pasukan tuan rumah dalam kejohanan terakhir, yang dimainkan pada bulan Mei.
Sepanyol adalah pasukan yang paling berjaya dalam pertandingan ini, setelah memenangi lapan gelaran dan selesai enam belas kali dalam podium. Juara semasa adalah England, yang menewaskan Belanda 4-2 dalam Sepakan penalti di kejohanan akhir 2014.