Leonid Brezhnev
Ahli politik Soviet / From Wikipedia, the free encyclopedia
Leonid Ilyich Brezhnev (Bahasa Rusia: Леонид Ильич Брежнев; Leonid Il’ich Brezhnev; 6 Disember 1906 – 10 November 1982) merupakan Setiausaha Agung Parti Komunis Kesatuan Soviet Beliau mengetuai Kesatuan Soviet dari 1964 sehingga 1982, selama 18 tahun. Beliau telah memegang jawatan ini lebih lama daripada setiausaha-setiausaha agung yang lain kecuali Joseph Stalin. Beliau memegang jawatan sebagai Pengerusi Presidium Tertinggi Soviet sebanyak dua kali, bermula pada 7 Mei 1960 sehingga 15 Julai 1964, kemudian dari 16 Jun 1977 sehingga kematian beliau pada 10 November 1982. Beliau juga adalah pemegang pangkat Marsyal Kesatuan Soviet dan menerima banyak pingat darjah kebesaran tentera seperti Hero of the Soviet Union, Order of Lenin, Gold Star dan Order of Victory.
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Leonid Ilyich Brezhnev Леонид Ильич Брежнев | |
---|---|
Setiausaha Agung Parti Komunis Kesatuan Soviet | |
Dalam jawatan 14 Oktober 1964 – 10 November 1982 | |
Didahului oleh | Nikita Khrushchev |
Digantikan oleh | Yuri Andropov |
Pengerusi Majlis Tertinggi Soviet bagi Republik Sosialis Kesatuan Soviet | |
Dalam jawatan 7 Mei 1960 – 15 Julai 1964 | |
Didahului oleh | Kliment Voroshilov |
Digantikan oleh | Anastas Mikoyan |
Dalam jawatan 16 Jun 1977 – 10 November 1982 | |
Didahului oleh | Nikolai Podgorny |
Digantikan oleh | Yuri Andropov (1983) Vasily Kuznetsov (pemangku) |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1906-12-06)6 Disember 1906 Kamenskoe, Empayar Rusia |
Meninggal dunia | 10 November 1982(1982-11-10) (umur 75) Moscow, RSPS Rusia |
Kerakyatan | Rusia/Ukraine |
Parti politik | Parti Komunis Kesatuan Soviet |
Profesion | Jurutera, Penjawat awam |
Semasa pemerintahan Brezhnev ini, pengaruh global Kesatuan Soviet meningkat secara mendadak, sebahagiannya kerana perkembangan tentera Soviet pada masa ini. Tempoh perkhidmatan beliau sebagai pemimpin telah dikritik kerana menandakan permulaan era genangan ekonomi dan sosial yang akhirnya membawa kepada pembubaran Kesatuan Soviet pada 1991.