Malcolm X
From Wikipedia, the free encyclopedia
Malcolm X (19 Mei 1925 - 21 Februari 1965, juga dikenali sebagai El-Hajj Malik El-Shabazz, Arab: الحاجّ مالك الشباز, rumi: Al-Haj Malik Asy-Syabazcode: ar is deprecated ) merupakan seorang aktivis hak asasi manusia Amerika Syarikat. Semasa hayatnya, Malcolm X dikenali sebagai seorang ketua gerakan nasionalisme kulit hitam yang terkemuka di Amerika Syarikat melalui keterlibatan dalam Nation of Islam di mana beliau meraih perhatian tinggi saat memuncaknya gerakan penyetaraan hak sesama warga kulit hitam dan kulit putih di negaranya.
Malcolm X El-Hajj Malik El-Shabazz | |
---|---|
Kelahiran | Malcolm Little (1925-05-19)19 Mei 1925 Omaha, Nebraska |
Meninggal dunia | 21 Februari 1965(1965-02-21) (umur 39) |
Sebab kematian | Dibunuh (melalui tembakan berganda) |
Dikebumikan | Ferncliff Cemetery |
Nama lain | El-Hajj Malik El-Shabazz |
Organisasi | Nation of Islam, Muslim Mosque, Inc., Pertubuhan Perpaduan Afro-Amerika |
Gerakan politik | Nationalisme kulit hitam, Pan-Afrikanisme |
Pasangan | Betty Shabazz (m. 1958) |
Anak-anak | Attallah Shabazz Qubilah Shabazz Ilyasah Shabazz Gamilah Lumumba Shabazz Malikah Shabazz Malaak Shabazz |
Ibu bapa | Earl Little, Louise Norton Little |
Tandatangan | |
Pendiriannya berubah setelah menghadapi keadaan mengekang dalam pertubuhan tersebut, lagi-lagi dengan pemelukan mazhab Sunah Waljamaahnya tidak lama selepas meninggalkan pertubuhan ini. Beliau masih bergiat dalam aktivisme caranya sendiri seperti pengasasan Muslim Mosque, Inc. dan Pertubuhan Perpaduan Afro-Amerika (Organization of Afro-American Unity) serta berhubung dengan banyak persatuan dan negara sedunia sehingga saat beliau dibunuh tahun 1965. Beliau merupakan tokoh sangat disanjung dalam kalangan warga kulit hitam dan umat Islam Amerika Syarikat atas sumbangan lewat usianya ini.