Mekanik kereta
From Wikipedia, the free encyclopedia
Mekanik kereta adalah Pomen bagi pelbagai jenis kereta atau bahagian khusus atau bagi jenis kereta tertentu. Dalam pembaikian kereta, peranan utama mereka adalah bagi mendiagnosis masalah dengan cepat dan tepat. Mereka sering kali perlu memberi sebut harga kepada pelanggan sebelum memulakan kerja atau selepas separa lerai bagi pemeriksaan. Mekanik menggunakan kedua-dua kaedah eletronik bagi mengumpul data dan juga deria mereka. Pekerjaan mereka mungkin membabitkan membaiki hanya bahagian khusus atau menggantikan satu atau beberapa bahagian menyamai seperti kerja pemasangan.
Pemulihan kenderaan asas merupakan tugasan asas bagi kerja mekanik di negara industri moden, sementara di tempat lain mereka hanya dicari apabila kenderaan sudahpun menunjukkan tanda-tanda kerosakan. Jagaan menghalang juga merupakan bahagian asas kerja mekanik, tetapi ini tidak mungkin dalam kes kenderaan yang tidak diuruskan oleh mekanik secara berkala. Salah satu aspek yang sering disalah faham bagi jagaan menghalang adalah penggantian berjadual bagi pelbagai bahagian, yang berlaku sebelum berlaku kegagalan bagi mengelakkan kerosakan lebih mahal. Oleh kerana ini bererti bahagian kereta digantikan sebelum kerosakan disedari, ramai pemilik kereta tidak memahami kenapa perbelanjaan perlu dikeluarkan bagi menggantikan bahagian yang tidak rosak.
Dengan kemajuan pesat teknologi, kerja mekanik telah berubah dari mekanikal sepenuhnya, kepada merangkumu teknologi eletronik. Oleh kerana kenderaan hari ini memiliki sistem komputer dan eletronik yang rumit, mekanik perlu memiliki pengetahuan asas lebih luas berbanding masa dahulu. Kebelakang ini, istilah "mekanik kereta " semakin kurang digunakan di negara maju dan digantikan dengan gelaran euphemistic “juruteknik kereta”. Semakin cepat menghilang adalah 'mekanik tepi jalan', yang memiliki sedikit pengetahuan mengenai sistem komputer hari ini.
Disebabkan peningkatan kepelbagaian jenis teknologi yang dipasang pada kenderaan masa kini, kebanyakan pengedar kereta dan bengkel bebas kini menawarkan diagnostik komputer sofistikated kepada setiap juruteknik, tanpanya mereka tidak mampu mengenalpasti kerosakan atai membaiki kenderaan.