Menara Putih Thessaloniki
From Wikipedia, the free encyclopedia
Menara Putih Thessaloniki (Yunani: Λευκός Πύργοςcode: el is deprecated Lefkós Pýrgos; Turki: Beyaz Kulecode: tr is deprecated ; Ladino: Kuli Blankacode: lad is deprecated ) adalah sebuah monumen dan muzium yang terletak berdekatan pantai di kota Thessaloniki, ibu negeri bagi wilayah Macedonia di utara Greece. Menara sekarang telah mengantikan sebuah kubu Byzantine, yang disebut sekitar kurun ke-12, bahawa empayar Uthmaniyah telah membina semulanya untuk mempertahankan pelabuhan kota setelah beberapa ketika Sultan Murad II menawan Thessaloniki pada tahun 1430. Menara ini kemudian dijadikan penjara semasa pemerintahan Uthmaniyah.
Menara Putih kemudian dimodel semula dan bahagian luarnya diputihkan selepas Greece berjaya menguasai kembali kota ini pada tahun 1912. Ia kemudian menjadi simbol bagi kota ini.