Menteri Besar Perak
From Wikipedia, the free encyclopedia
Menteri Besar Perak ialah orang yang bertanggungjawab mentadbir kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.
Fakta Segera Menteri Besar Perak, Lapor kepada ...
Menteri Besar Perak | |
---|---|
Kerajaan Negeri Perak | |
Lapor kepada | Dewan Negeri Perak |
Bidang kuasa | Perak |
Dilantik oleh | Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Sultan Perak |
Tempoh jawatan | Selagi masih memiliki keyakinan dan kepercayaan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri Perak Pilihan raya negeri diadakan lima tahun sekali atau lebih awal |
Penjawat sulung | Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz |
Dibentuk | 1 Februari 1948; 76 tahun yang lalu (1948-02-01) |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
Tutup
Mengikut Perlembagaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, menteri besar mestilah merupakan seseorang daripada Melayu-Bumiputera untuk menjawat jawatan ini selama 5 tahun. Kecuali atas perkenan Sultan Perak untuk melantik seseorang daripada kalangan bukan Melayu-Bumiputera menjawat jawatan ini.
Menteri Besar terkini ialah Dato Seri Saarani Mohamad yang mengangkat sumpah pada 10 Disember 2020.