Mutiara Naga
From Wikipedia, the free encyclopedia
Dragon Ball Doragon Bōru, dikenali dengan nama Mutiara Naga di Malaysia) ialah sebuah manga hasil karya Akira Toriyama. Siri ini bermula di Majalah Shōnen Jump Mingguan bermula 3 Disember 1984 sehingga 5 Jun 1995, dengan bab-bab tersendiri diterbitkan dalam jilid tankōbon oleh syarikat Shueisha sebanyak 42 buah jilid.
Bahagian ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Mutiara Naga | |
Genre | Pengembaraan, Aksi, Komedi |
---|---|
Manga | |
Pengarang | Akira Toriyama |
Ilustrasi | Akira Toriyama |
Penerbit | Shueisha |
Demografik | Shōnen |
Majalah Asal | Weekly Shōnen Jump |
Majalah Lain | Chuang Yi Conrad Editor Carlsen Comics Sangatsu Manga (Publisher) Glénat Carlsen Comics CitiComics, Culturecom Semic Interprint Elex Media Komputindo Star Comics (Italian Publisher) Comics House Production Grupo Editorial Vid Glénat (Studio de Raaf) Japonica Polonica Fantastica Planeta deAgostini Carlsen Comics (Bonnier Carlsen) Tong Li Comics NED comics Gollancz Manga VIZ Media Seoul Munhwasa |
Tarikh Pengeluaran | 3 Disember 1984 – 5 Jun 1995 |
Jilid | 42 (Senarai jilid) |
Siri televisyen anime | |
Dragon Ball | |
Pengarah | Minoru Okazaki Daisuke Nishio |
Penerbit | Tokizō Tsuchiya Kenji Shimizu Junichi Ishikawa |
Skrip/Penulis | Takao Koyama |
Lagu/Muzik | Shunsuke Kikuchi |
Studio | Toei Animation |
Dilesenkan oleh | Madman Entertainment Funimation Manga Entertainment |
Penyiaran Asal | Fuji TV |
Penyiaran Lain | Cartoon Network GMA Network , RPN 9, IBC 13 TF1 RTL II Italia 1 Cartoon Network, Network Ten Canal 5 Cartoon Network/CNX/Toonami SIC TV 2/TV 9/Astro Ceria/Disney Channel Spacetoon Indosiar |
Tarikh tayangan | 26 Februari 1986 – 12 April 1989 |
Episod | 153 (Senarai episod) |
Filem | |
| |
Francais Dragon Ball | |
Portal Anime dan Manga |
Siri anime adaptasinya selama dua musim dihasilkan oleh Toei Animation dan ditayangkan di Fuji TV. Siri pertama telah menayangkan 153 buah episod siri televisyen bermula pada 26 Februari 1986 sehingga 12 April 1989. Siri kedua bertajuk Dragon Ball Z telah menayangkan 291 buah episod bermula pada 26 April 1989 sehingga 31 Januari 1996. Musim tambahan hasil karya Toei iaitu Dragon Ball GT telah menayangkan 64 episod bermula pada 7 Februari 1996 sehingga 19 November 1997. Siri Dragon Ball Z ditayangkan semula menggunakan format video skrin lebar berdefinisi tinggi (HD) tetapi menggunakan tajuk berbeza iaitu Dragon Ball Kai sempena ulangtahun Dragon Ball Z ke-20. Siri terbaru bertajuk Dragon Ball Super telah mula ditayangkan pada 20 Jun 2015 sehingga kini.
Siri ini mengisahkan kehidupan Son Goku, seorang budak berekor monyet dari saatnya kecil hinggalah dia mencapai umur dewasa dan mendapat anak serta cucu. Dia mendapat banyak rintangan namun akhirnya menjadi pendekar yang terkuat di seluruh angkasa.