Pengguna:Haziq Faruqi/Eidelweiss
From Wikipedia, the free encyclopedia
Leontopodium nivale, yang biasa disebut edelweiss (sebutan bahasa inggeris /ˈeɪdəlvaɪs/), adalah sejenis bunga gunung yang terkenal, diturutkan dalam keluarga daisy atau bunga matahari, Asteraceae.
Edelweiss | |
---|---|
Gambaran dekat bunga | |
Status pemuliharaan | |
Status tidak sah
(IUCN 3.1) | |
Pengelasan saintifik | |
Takson tidak dikenali (baiki): | Leontopodium |
Spesies: | Templat:Taxonomy/LeontopodiumL. nivale |
Nama binomial | |
Leontopodium nivale (Ten.) Huet ex Hand.-Mazz. |
Tumbuhan ini lebih suka kawasan berbatu-batu kapur pada ketinggian kira-kira 1,800–3,000 meter. Ianya tidak beracun, dan telah digunakan dalam bidang perubatan tradisional sebagai ubat terhadap penyakit perut dan pernafasan. Bulu tebal dikira sebagai penyesuaian kepada ketinggian tinggi, melindungi tumbuhan dari sejuk, kegersangan, dan sinaran ultraungu.[1] Oleh kerana ianya bunga langka, berumur singkat dan hanya ditemui di kawasan pergunungan tinggi, tumbuhan ini telah digunakan sebagai simbol untuk alpinisme, keindahan lasak dan kesucian. Ia dikaitkan dengan Banjaran Alps dan Pergunungan Karpatos, dan sebagai lambang negara, terutama Romania, Austria, Bulgaria, Slovenia, dan Switzerland. Mengikut tradisi rakyat, memberikan bunga ini kepada orang yang dikasihi adalah janji berbakti.