Pengguna:Kurniasan/Laman Utama contengan
From Wikipedia, the free encyclopedia
|
|
Soalan lazim · Kedai Kopi · Embassy · About Malay | Rujuk fakta · Tanya soalan · Indeks A–Z |
Rencana pilihan
Cicakman 3 adalah filem Adiwira berbahasa Melayu 2015 dari Malaysia. Ia merupakan sekual untuk filem Cicak-Man dan Cicakman 2 - Planet Hitam. Filem ini diarahkan bersama-sama oleh Yusry Abdul Halim dan Ghaz Abu Bakar serta diterbitkan oleh KRU Studios. Watak utama filem ini dilakoni oleh Zizan Razak yang menggantikan Saiful Apek. Filem ini mengisahkan mengenai Man (Zizan Razak),seorang bapa dan suami yang telah bercerai dengan isterinya, Linda, (Lisa Surihani). Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah kotak dimana dia diberi tanggungjawab untuk menjadi Cicakman yang baharu. Dia menerima tanggungjawab tersebut selepas 7 tahun kehilangan Cicakman yang asal dan kehadiran superhero baru, Super Bro. Filem ini telah ditayangkan pada 12 Mac 2015.
Tiada rencana pilihan dicalonkan pada bulan Mei 2024. Jika anda mahu mencalonkan rencana untuk bulan ini dan bulan seterusnya. Sila mencalonkannya di Wikipedia:Calon rencana pilihan dan ikut langkah demi langkah yang sudah ditetapkan. Selamat menyumbang!
Gambar pilihan
Orang ramai berbaris di Champs-Élysées semasa Bahagian Perisai Ke-2 Perancis melancarkan perarakan dari Arc de Triomphe ke Place de la Concorde pada 26 Ogos 1944, berikutan pembebasan Paris. Diperintah oleh Jerman Nazi sejak menandatangani Gencatan Senjata Compiègne Ke-2 pada tahun 1940, Paris telah dibebaskan semasa perjuangan selama seminggu yang bertelagah dengan Pasukan Dalaman Perancis, Bahagian Perisai Ke-2 Perancis, dan Tentera Darat Tengah Amerika Syarikat menentang Jerman Bahagian Keselamatan Ke-325. Pertempuran berakhir dengan Jeneral Jerman Dietrich von Choltitz menyerah kalah kepada pasukan Perancis. Lebih daripada 1,700 tentera Perancis dan 3,200 tentera Jerman terbunuh dalam pertempuran itu. Gambar: Jack Downey
Gambar pilihan sebelum ini:
|
Berita terkini
- Nahas helikopter dekat Varzaqan, Iran mengorbankan Presiden Iran, Ebrahim Raisi serta pegawai tertinggi kerajaan.
- 10 orang anggota tentera maut dalam perlanggaran udara melibatkan dua buah helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia di Lumut.
- Iran melancarkan serangan udara ke Israel sususlan serangan Israel terhadap konsulat Iran di Damsyik.
- Satu gempa bumi bermagnitud 7.4 menggegarkan bandar Hualien di Taiwan.
- Perdana Menteri Palestin yang baru dilantik Mohammad Mustafa mengumumkan senarai 22 menteri kabinet baharunya.
Hari ini dalam sejarah
- 1430 – Perang Seratus Tahun: Jeanne d'Arc ditangkap dalam Pengepungan Compiègne.
- 1533 – Perkahwinan antara Henry VIII dari England dan isteri pertamanya Catherine dari Aragon (gambar) dibatalkan.
- 1568 – Perang Lapan Puluh Tahun tercetus apabila pemberontak Belanda yang diketuai Louis dari Nassau menyerang Friesland dalam Pertempuran Heiligerlee.
- 1844 – Sayyid `Alí-Muhammad Shírází mengisytiharkan dirinya sebagai "Báb", menandakan permulaan Bábisme, pelopor Kepercayaan Bahá'í.
- 2008 – Mahkamah Keadilan Antarabangsa memberikan Batuan Tengah kepada Malaysia dan Batu Puteh kepada Singapura, menyelesaikan pertelingkahan wilayah 29-tahun.
Tahukah anda...
- ... bahawa Lebuhraya Pan Amerika ialah jalan raya kenderaan bermotor terpanjang di dunia?
- ... bahawa eolianit difahamkan terbentuk dalam tempoh satu juta tahun yang lampau, dan saat-saat endapan berlaku berhubung kait dengan paras laut, akan tetapi sifat penghubungkaitan itu masih dibahaskan?
- "... bahawa Dataran Tiananmen merupakan dataran bandar terbuka yang terbesar di dunia?"
- "... bahawa pelayan web ialah atur cara komputer yang menerima dan menjawab pertanyaan HTTP daripada pelayar web?"
- "... bahawa opera Macbeth ditulis Giuseppe Verdi tanpa melihat karya asal Shakespeare?"